in

Pelakon Nadia Kesuma Gagal Dijejaki Lepas Tiba Di Jeddah, Hantar Mesej Terakhir ‘I Met Stranger’

nadia kesuma hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, rakan artis dan keluarga kepada pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma bimbang selepas pelakon ini gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Menurut rakan baiknya yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah, Nadia telah menaiki penerbangan malam tadi menerusi satu syarikat agensi pelancongan dalam pakej umrah khas ke Tanah Suci termasuk ke Kota London.


nadia kesuma 768x586 1

Sebaik sampai di Jeddah, dia ada mesej suaminya memaklumkan dia selamat tiba. Selepas itu, dia sepatutnya menaiki pesawat untuk ke London pula.

“Tapi pihak travel beri tahu, dia tidak naik pesawat pergi ke London. Sekarang ini handphone (telefon bimbit) tidak dapat dihubungi.

“Suaminya yang bimbang menghubungi saya. Jadi sekarang ini, persoalannya sama ada dia di Jeddah atau di mana, sebab dia memang tidak naik pesawat ke London itu.

“Dia pergi sendirian saja. Dekat Jeddah memang dah semak. Betul nama dia ada dekat situ tapi dia tidak check-in (daftar masuk) pun untuk pergi ke London,” kata Anne.

Artikel berkaitan: “Niatnya hendak keluar cari makan” – Nurul Nazla Dilapor Hilang Selepas Ziarah Suami Di Hospital

Artikel berkaitan: Hilang Tanpa Jejak: Kehilangan 5 Individu Terkenal Yang Masih Jadi Misteri Hingga Sekarang

Hantar mesej ‘I met stranger’ kepada suami 

Dalam pada itu, Anne juga tidak menolak kemungkinan Nadia turun di lapangan terbang terbabit dan kemudian berdepan dengan masalah.

Tapi sebelum itu dia ada mesej pada suaminya, dia kata macam “I met stranger” (jumpa orang yang tidak dikenali) lepas itu terus tiada berita. Sekarang ini kedua-dua handphonenya ‘delivered’ tapi dia tidak respon.

“Sejak semalam suami bimbang dan menghubungi saya. Saya pula terkejut kerana ingatkan dia pergi dengan suaminya. Rupanya dia pergi sendiri dengan agensi pelancongan,” katanya.

Menurut Anne, pakej umrah yang diambil Nadia ialah umrah ziarah yang mana ia mempunyai pakej pergi ke negara seperti Paris dan London.

Dalam pada itu, Anne juga memaklumkan dia akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan berhubung hal ini secepat yang mungkin bagi mengesan kedudukan sebenar Nadia.

Pelakon Kuna Muzani juga menerusi hantaran di Facebook ada berkongsi video terakhir Nadia yang dilihat memakai tudung hitam dengan jubah berlatar warna sama namun mempunyai corak bunga berwarna merah, biru dan kuning.

Sumber: Harian Metro, Anne Abdullah

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.