Emosi dan perasaan manusia adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka, ia boleh mendatangkan keburukan serta boleh mengancam keselamatan jika tidak dikendalikan dengan sewajarnya.
Semalam, tular sebuah video di media sosial apabila sebuah kereta Perodua Myvi kelihatan dipandu dengan begitu berbahaya sehingga menyebabkan wanita di tempat duduk penumpang tercampak keluar.
Babi ke yang bawak myvi ni pic.twitter.com/IGTX5Pc06X
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 28, 2022
Rakaman dashcam berdurasi 30 saat tersebut memaparkan pemandu kereta itu memandu dengan sangat bahaya dan insiden itu dipercayai berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Menurut laporan Berita Harian, pemandu Perodua Myvi itu merupakan seorang pelakon berusia 30-an, dan dia telah pun ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pemandu Perodua Myvi itu didapati menukar lorong secara melulu sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan tersebut.
“Akibat tindakan itu, pemandu Perodua Myvi terbabit terlanggar sisi kiri sebuah Toyota Innova.
Pelanggaran menyebabkan penumpang hadapan Myvi berkenaan tercampak dari kenderaan ke jalan raya dan cedera ringan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.
Beliau turut memberitahu, pemandu kedua-dua kenderaan tampil membuat laporan hari ini dan pihaknya menahan pemandu Myvi untuk siasatan sebelum membuat permohonan reman esok.
Huish, bahaya betul. Seram tengok…
Baca: “King bertemu king”- 4 Buah Myvi Sama Warna Terlibat Kemalangan Jadi Buah Mulut Netizen

