in

Pelajar UMPSA Ditahan Polis, Didakwa Buat Hantaran Gambar Hina Islam

Ft Umpsa Ditahan

Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini untuk bantu siasatan kerana dipercayai membuat satu hantaran menghina Islam di media sosial.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang mengatakan penuntut terbabit telah ditahan pada awal pagi tadi.

Artikel berkaitan: Pernah Cetuskan Kontroversi Hina Islam, Alvin Tan Terharu Dapat Jadi Warganegara AS

Artikel berkaitan: Isu Pelawak Didakwa Menghina Islam: JAKIM Sudah Atur Tarikh Pertemuan Dengan Harith Iskander

“Polis sudah menahan penuntut disyaki menghina Islam dan untuk siasatan lanjut.”

Hb9Se7Pboaab7Se

Pihak polis bakal mendapatkan perintah reman terhadap lelaki tersebut hari ini. Menurut Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda.

Tambah beliau suspek juga bakal disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik, memetik laporan Berita Harian.

Jika suspek didapati bersalah, suspek boleh dipenjara setahun dan denda maksimum RM 50,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes naratif 3R, UMPSA tidak akan berkompromi

Hb9Sh Cb0Aafbjq

Sebelum itu, pihak UMPSA tampil memberikan kenyataan terbuka berhubung dengan isu terbabit. Tegasnya, pihak mereka memandang serius terhadap isu penyebaran yang berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Pihak mereka juga tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian dan kini sedang menjalankan siasatan serta bakal mengambil tindakan tegas.

641441748 1320156190144153 1849533405972785315 N

Di samping itu, kerajaan turut mengecam tindakan berkenaan, jurucakapnya, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan sisatan segera di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

View on Threads

 

Semalam, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa dipercayai memijak al-Quran dan tangkap layar satu hantaran daripada inidvidu yang didakwa penuntut UMPSA di media sosial. Selain itu, ada gambar komen daripada lelaki terbabit yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Facebook, Berita Harian

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: Facebook