Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah di Shah Alam dilaporkan cedera selepas terjatuh dari bangunan sekolahnya semalam.
Pelajar tersebut difahamkan telah terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolahnya itu.
Menurut Berita Harian, pelajar tersebut cedera pada kaki, dahi dan kini telah berada dalam keadaan stabil dan sedar.

Artikel berkaitan: Murid 9 Tahun Maut Jatuh Dalam Lubang Kumbahan, KPM Arah Siasatan Segera
Artikel berkaitan: Penuntut Universiti Malaya Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Kolej Kediaman
Kejadian tersebut telah disahkan oleh Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam.
Pelajar Tingkatan Satu tersebut difahamkan bertindak sedemikian kerana mengalami kemurungan akibat putus cinta dengan teman lelakinya iaitu pelajar Tingkatan Dua di sekolah yang sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian
