in

Pelajar Tingkatan 5 Kena Denda RM10,000 Sebab Tak Scan Aplikasi MySejahtera Sebelum Masuk Kedai Runcit

Mysejahtera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi RM10,000 melayang! Kali ini melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak mendaftar butiran atau mengimbas bar code aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka.


Menurut The Star, kejadian itu berlaku ketika remaja tersebut sedang bergegas ke kedai runcit berdekatan rumah untuk membeli ubat paracetamol buat ibunya pada hari Ahad lepas.

553 3

“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama paracetamol di kedai tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis berpakaian biasa melihat saya dan mengeluarkan kompaun. 

“Saya tidak dibenarkan peluang untuk memberi penjelasan dan kompaun terus dikeluarkan, tetapi saya faham, polis menjalankan tugas mereka,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut pelajar tingkatan 5 itu, dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah. Pendapatan bapanya juga tidak mencukupi dan ibunya pula hanya seorang suri rumah.

Kompaun Denda Pkp Polis Bernama 2

Walau bagaimanapun, dia berharap dapat membuat rayuan berkenaan kompaun tersebut dan cuba mencari wang untuk membayarnya kerana tidak mahu membebankan ibu bapa.

“Saya amat berharap dapat membuat rayuan berhubung kompaun tersebut dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu bapa saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memberitahu pelajar tersebut boleh membuat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah (PKD) Melaka Tengah bagi mengurangkan jumlah kompaun.

Kasihan pula dekat adik ni. Semoga ada yang bantu. Tapi apa-apapun paling penting, jangan lupa scan MySejahtera. 

Baca: “Tak pakai mask tak wajar disaman RM10k” – Kerajaan Akan Perinci Kesalahan Yang Layak Dikompaun RM10K

Tahi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.