in

Pelajar Terjun Bangunan, Bunuh Diri Pada Hari Keputusan Peperiksaan Keluar

Death

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peperiksaan akhir tahun sememangnya mendebarkan. Lebih-lebih lagi apabila anda berusaha mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam tetapi masih tidak yakin bahawa anda sudah lakukan yang terbaik untuk skor A.

Pernah juga terjadi pelajar melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti membunuh diri kerana terlampau takut jika keputusan mereka teruk atau tidak mencapai target. Mereka cenderung kepada kemurungan kerana takut ianya memalukan keluarga apabila tidak mampu memberikan keputusan yang baik.


Seperti kisah seorang pelajar berusia 16 tahun ini yang menjadi perhatian media serta seluruh penduduk di Singapura.

Liu Wenjie, seorang pelajar di Greendale Secondary School ditemui maut di Block Compassvale Crescent semalam kira-kira jam 4.45 pagi, lapor All Singapore Stuff.

Capture 2
sumber: all singapore stuff

Liu baru sahaja menduduki peperiksaan N Level (lebih kurang PMR) dan sedang menunggu keputusan yang sepatutnya diambil pada siang hari itu (19 Disember) namun beliau telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan yang tinggi.

Menurut abangnya, Liu sempat memberitahu bahawa beliau ingin menonton filem pada awal pagi itu. Meskipun ianya sesuatu yang pelik (mana ada panggung wayang buka awal pagi), namun abangnya itu tidak menghalang Liu daripada pergi.

Sekeping nota dipercayai mesej yang ingin disampaikan oleh Liu sebelum membunuh diri dijumpai bertulis,

Saya sudah berumur 16 tahun. Awak telah membesarkan saya selama 16 tahun. Saya tidak salahkan awak. Jangan risau tentang saya.”

Suicide 2
sumber: all singapore stuff

Insiden ini sememangnya sangat mengejutkan mereka sekeluarga apatah lagi Liu seharusnya memulakan kerja sepanjang cuti sekolah dalam masa terdekat.

Menurut ibu bapa Liu, mereka tidak pernah memberi tekanan kepadanya tentang pelajaran.

“Kami tidak memberi tekanan yang melampau kepadanya dan asalkan beliau lulus peperiksaan itu, ia sudah memadai bagi kami.” kata mereka.

Kematian Liu dikategorikan sebagai kematian mengejut dan pihak berkuasa tempatan masih menjalankan siasatan tentang insiden ini.

Kejadian ini adalah satu peringatan kepada kita semua bahawa gred bukanlah segala-galanya. Singapura sememangnya dikenali sebagai negara yang mempunyai tahap tekanan yang tinggi selain jumlah pelajar membunuh diri yang tinggi setiap tahun. Jadi ingatlah, keputusan peperiksaan sekolah memang diakui penting tetapi ianya bukanlah segala-galanya jika pelajar itu sendiri tidak gembira dengan kehidupan yang mereka lalui. Banyak lagi tekanan yang mendatang bila dah dewasa nanti…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.