in

Pelajar Sekolah Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Sejak Umur 9 Tahun, Mati Lahirkan Anak Pramatang ‘Benih’ Bapa Sendiri

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejam dan tak berperikemanusiaan!


Seorang gadis meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi hasil perbuatan keji bapa sendiri sejak usianya 9 tahun.

Luana Ketlen, 13 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa penderaan seksuan bapa kandungnya selama 4 tahun sebelum akhirnya dia disahkan mengandung hasil benih lelaki itu.

Gadis itu meninggal dunia pada 11 Disember lalu selepas dia mengadu sakit perut yang teruk sebelum dikejarkan ke sebuah hospital di Brazil.

Luana lahirkan bayi pramatang sebelum semakin tenat dan meninggal

1 1
Sumber: daily star

Doktor kemudian mendapati yang gadis itu sedang mengandung, dan terpaksa melakukan kelahiran secara paksa ekoran keadaan Luana yang tenat dan demi menyelamatkan nyawanya.

Luana selamat melahirkan seorang bayi pramatang namun keadaan gadis itu semakin tenat, dia kemudiannya dikejarkan ke hospital pakar dengan menaiki helikopter (ambulans udara).

Namun riwayat hidup gadis itu berakhir selepas dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, lapor Daily Star.

Hidap pelbagai komplikasi, bapa kemudian ditahan

2
Sumber: daily star

Hasil ujian ke atas gadis itu mendapati yang dia mengalami pelbagai komplikasi termasuk sirosis hati, air berlebihan pada paru-paru dan tekanan darah rendah.

Polis kemudiannya mengeluarkan waran untuk tangkap bapa Luana iaitu, Tome Faba yang berusia 36 tahun susulan kematian gadis malang itu.

Dilaporkan, Tome mula memperkosa anak perempuannya itu sejak mangsa berusia sembilan tahun .

Bagaimanapun keluarga lelaki itu mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai penderaan seksual yang dilakukan lelaki itu ke atas Luana.

Remaja itu tinggal bersama ibu bapanya di kawasan pedalaman. Dia tak sedar yang dirinya dah mengandung 5 bulan, sehinggalah dia rasa sakit pada bagaian abdomennya”

“Luana mendakwa dia disuruh pergi memancing dengan ayahnya sebelum dia dirogol disitu”

3
Sumber: daily star

Ahli keluarga yang enggan dikenali berkata badan kanak-kanak itu mula menunjukkan perubahan sehingga menyebabkan keluarga berasa yang remaja itu berkemungkinan mengandung.

Luana dipujuk untuk mendedahkan siapakan pelaku sehingga menyebabkan dia mengandung, namun selepas mendengar apa yang terjadi ke atas Luana, ibu kepada gadis itu enggan percaya yang suaminya merupakan bapa kepada anak yang dikandung Luana.

Baca : Wanita diculik dirogol bergilir-gilir 4 lelaki di pantai tapi pelaku bebas- Peguam Kata Ini Sebabnya

Featured 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.