Ratusan pelajar Pro-palestin melakukan rusuhan di dewan sebuah sekolah menengah di Queens, Amerika Syarikat baru-baru ini. Rusuhan yang berlaku selama hampir dua jam itu tercetus selepas mereka mendapati seorang guru telah menghadiri perhimpunan pro-Israel.
Memetik laporan New York Post, guru yang menjadi buruan pelajar itu berada dalam keadaan ketakutan dan terpaksa bersembunyi di dalam pejabat yang berkunci. Satu gambar guru itu yang memegang poster ‘I Stand With Israel’ telah menjadi punca rusuhan di sekolah.
Rusuhan berlaku selepas beberapa kumpulan pelajar mencipta satu group chat dan merancang untuk mengadakan rusuhan berikutan hantaran guru itu di media sosial. Video kejadian itu boleh ditonton di bawah.
The scene at Hillcrest High School in Queens as a Jewish teacher hid in her locked office for hours while students demanded she be fired for attending a pro-Israel rally. pic.twitter.com/jzVCEofvJS
— Steve McGuire (@sfmcguire79) November 25, 2023
Artikel berkaitan: Tular Imam Turkiye Ditahan Di Mekah Sebab Sebut Palestin, Lelaki Ini Dedah Rupanya
Artikel berkaitan: Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Negara Merdeka, Ini Pendirian Baharu Sepanyol & Norway
Pihak polis New York telah dikerahkan ke sekolah untuk memulihkan keadaan di sekolah yang berlakunya rusuhan itu serta menyiasat kemungkinan ancaman pengganas di situ.
Selepas beberapa jam mengurungkan diri dalam pejabat yang berkunci, akhirnya guru itu diiring keluar dengan selamat oleh pihak polis.
Pihak Jabatan Pendidikan Queens dalam satu kenyataan lain berkata mereka menyedari kejadian itu dan sama sekali tidak boleh menerimanya.
Pihak jabatan itu juga kini aktif bekerjasama dengan pengetua untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu dan melindungi keselamatan kesemua pelajar dan kakitangan.
Mereka juga menegaskan tiada bentuk kebencian, sama ada Islamofobia antisemitisme, atau bentuk ketaksuban lain, wajar dipraktikkan di sekolah.