in

Berkuatkuasa Semalam, KKM Keluarkan SOP Baharu Kuarantin Untuk Kes Kontak Rapat

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan kuarantin baharu bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid.


SOP terbaharu ini telah pun dikuatkuasakan semalam (16 Januari) dan turut digunapakai untuk individu yang sedang menjalani kuarantin.

Bagi individu yang telah menerima vaksin penggalak, mereka dikehendaki untuk kuarantin selama lima hari jika mempunyai kontak rapak dengan kes Covid positif. Manakala, bagi individu lengkap vaksin (tanpa booster), tidak lengkap dan tiada status vaksinasi dikehendaki kuarantin selama tujuh hari.

Individu kontak rapat juga hanya dibenarkan untuk menamatkan kuarantin selepas lengkap tempoh pengasingan yang ditetapkan dengan keputusan ujian Covid negatif.

Selain itu, masa kuarantin kalau ada alami apa-apa simptom, korang perlu melakukan ujian kendiri (RTK-Ag) atau terus pergi ke fasiliti kesihatan jika keadaan lebih teruk.

Tapi kalau tak ada apa-apa simptom, hanya buat RTK-Ag pada hari terakhir kuarantin untuk tujuan pelepasan.

Sementara itu, minggu lepas KKM juga turut mengumumkan bahawa pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari dan telah lengkap vaksinasi Covid-19 tak perlu menjalani kuarantin wajib.

Take note ok?

 

Baca: Pengembara Yang Pernah Dijangkiti Covid-19 & Telah Divaksin KKM Kini Tak Perlu Lagi Jalani Kuarantin Wajib

Screenshot 2022 01 17 At 12.08.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.