in

“Patutlah panas semacam!” – Jerebu Kembali Lagi, 3 Kawasan di Selangor Catat IPU Tidak Sihat

Jrebuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak dua tiga hari ini cuaca sangat panas dan langit nampak mendung saja tapi tak hujan-hujan?


Rupa-rupanya menurut Bernama, negara kita kini sedang dilanda jerebu dan ia hanya berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.

Jerebu 1

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi tadi, tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183, diikuti dengan Banting (165) dan Petaling Jaya (141). 

Hasil laporan daripada MetMalaysia berkata, jerebu ini merupakan ‘jerebu tempatan’ dan tidak ada kena mengena dengan negara seberang serta ia juga berpunca daripada pembakaran terbuka terutama dalam cuaca yang panas ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga berkata, hujan yang kurang dan aktiviti pembakaran terbuka menyumbang kepada indeks pencemaran udara yang tak sihat hingga seterusnya sebabkan jerebu.

Memang ada kena mengena dengan (cuaca panas), kita tidak banyak menanam (tumbuhan), sebaliknya banyak aktiviti pembakaran terbuka untuk membersihkan kebun dan sebagainya,” katanya.

Laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga memaklumkan terdapat kebakaran di kawasan hutan simpan ketika ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti di luar serta minum air secukupnya.

Malaysia Haze 04032014

Negara kita juga kini dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan Mac 2021.

Dalam tempoh ini, taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutama di utara namun MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas melampau berlaku pada tahun ini.

Ingat ye semua! Banyakkan minum air dan elakkan aktiviti di luar. Mujur sekarang wajib pakai mask. 

Baca: Dikatakan Pernah Rekod Suhu 56.7 Darjah Celsius, Death Valley di US Tempat Paling Panas Di Dunia

Panas

Sumber: Twitter
Sumber: Projek MM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.