in

“Patutlah dorang juara” – Gara-gara Popcat, Rider di Thailand Sempat ‘Click’ Sementara Tunggu Traffic Light

Thailand Juara Popcat Rider Click Masa Tunggu Traffic Light

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, sebuah website yang diberi nama Popcat tiba-tiba viral di media sosial yang mana kebanyakan netizen berlumba-lumba untuk mendapat jumlah ‘click’ terbanyak antara negara-negara di dunia.



Bagi yang belum tahu mengenai Popcat ni, cara nak mainnya mudah je. Korang pergi ke laman web popcat.click dan kemudian tekan sebanyak mana yang boleh ke imej kucing yang terpapar. Bila korang tekan, mulut kucing tu akan terbuka menandakan korang dah lakukan satu click.

Popcat Click

Hasil usaha netizen Malaysia, kita sebenarnya dah dapat silver medal dalam permainan Popcat ni. Tapi sayangnya, tempat kedua yang kita miliki tu tak bertahan lama pulak dan tiba-tiba Thailand datang memotong dan mengambil tempat juara.

Sekarang ni, kita berada di tempat ketiga (bronze medal) di bawah Taiwan dengan bilangan click melebihi 14 billion semasa artikel ini ditulis.

Popcat Leaderboard

Macam mana Thailand boleh naik cepat sangat sampai mengalahkan Taiwan yang merupakan juara sebelum ni?

 

“No wonderlah Thailand no.1” 

Menerusi perkongsian seorang netizen Thailand di Twitter, viral sebuah video memaparkan kegigihan rakyat Thailand menekan butang click Popcat ni.

Dorang tak kira masa nak menekan butang click ni sampaikan seorang rider atas motosikal tengah tunggu traffic light pun sempat ye menekan butang click Popcat. Apa-apapun korang dinasihatkan jangan meniru aksi ini.

Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video ini memang salute habislah dengan kegigihan rakyat Thailand dan mengakui patutlah mereka ini jadi juara Popcat sedunia. Hiks! 

Thailand Power Popcat

Kalau popcat ni salah satu acara olimpik dah lama dah kita menang medal kan? Hihi! 

Baca: “Orangnya steady tak sombong” – Viral Gambar Azlee Senario Niaga Buah Tepi Jalan, Netizen Puji & Pakat ‘Support’

Azlee Senario

Sumber: Popcat
Sumber: Popcat
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.