Sebelum ni warganet teruja sebab lihat juara musim ke-2 program realiti tempatan Big Stage iaitu Han Byul berasal dari Korea Selatan mampu menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu dengan lancar.
Tapi, baru-baru ni tular di laman Twitter video yang berdurasi 48 saat menunjukkan seorang lelaki warga asing menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu.
Guyss…Hari ni aku bawak seorang foreigner.. dia kata pandai nyanyi lagu melayu.. sekali nyanyi lancar pulakkk.. boleh tahan baii ?? pic.twitter.com/66mAYny059
— Anak samuri (@ismail_samuri) November 7, 2019
Menurut @ismail_samuri, individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu dikenali sebagai Chris Jacob dan berasal dari Romania.
Chris telah menyanyikan lagu berjudul tiada lagi nyanyian Amy Search setelah memberitahu yang dia boleh nyanyi lagu melayu.
Dalam video itu, jelas kelihatan dimana Chris sudah biasa mendengar lagu tersebut kerana dia tidak kekok untuk menyanyikannya.
Dia memang penyanyi rupanya!
Hasil perkongsian netizen, video pendek itu menjadi tular sehingga ke pengetahuan Chris itu sendiri.
Didn't know that my video singing in the Grab got viral on Twitter lol Was just having fun on my way home 🙂 https://t.co/cQOYI6cKUR
— Chris Jacob (@ChrisJacobArt) November 10, 2019
Melalui perkongsian lelaki itu juga, dia ada memberitahu bahawa Chris juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu.


Rata-rata netizen teruja melihat Chris yang boleh dikatakan selamba belanja lagu tiada lagi tu.


Tapi admin pun setuju, kalau orang luar reti cakap Bahasa Melayu, mesti dia akan famous dekat Malaysia ni.