in

“Patung ni wujud gais” – Patung Menakutkan Dalam ‘Squid Game’ Sebenarnya Ada Di Sebuah Kampung

Patung Squid Game Ft Image E1633748171465

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang dah tonton siri dari Korea yang tengah menjadi bualan ramai ‘Squid Game’ ini, pasti korang tahu yang patung menakutkan yang membuat ‘kemunculan’ pada permainan Red Light, Green Light ini.



Menurut media daripada Korea, rupa-rupanya patung menakutkan ini bukanlah prop yang dibuat kerana ia sememangnya wujud dan boleh dilawati sekiranya korang pergi ke kawasan perkampungan tersebut.

Difahamkan, netizen di sana telah berjaya menemui patung tersebut yang difahamkan ada di sebuah perkampungan di daerah Jincheon yang terletak di Chungcheongbok-do, Korea Selatan.

Patung Squid Game

Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Seoul menggunakan kereta atau bas, patung ini rupanya dimiliki oleh sebuah muzium yang dinamakan Macha Land yang merupakan muzium pameran kereta-kereta kuda di daerah Jincheon ini.

Patung Squid Game Korea

Kalau dilihatkan pada gambar, kelihatan patung tersebut seakan-akan ‘mengawal’ pintu masuk ke muzium berkenaan dan difahamkan, patung tersebut sememangnya milik muzium ini dan telah dipinjam oleh kru produksi ‘Squid Game’ untuk menjayakan siri k-drama tersebut.

Squid Game Doll 1

Walaupun begitu, difahamkan bahawa patung ini telah kehilangan tangan kanannya semasa dipulangkan oleh kru produksi. Setakat ini, tiada penjelasan yang diberikan sehingga hari ini.

Patung Squid Game Real

“Nama patung ini adalah Mugunghwa”

Difahamkan, sebuah forum telah mendedahkan sebenarnya patung ini mempunyai namanya sendiri iaitu Mugunghwa yang membawa maksud yang istimewa kepada rakyat Korea selain ianya juga merujuk kepada bunga kebangsaan negara tersebut.

Jadi, korang yang nak melawat patung ni selepas ini, boleh lah ke sana sekiranya sektor pelancongan antarabangsa dibenarkan nanti.

Jangan risau, patung yang ada ni tak adalah seganas yang digambarkan dalam siri tu…

Baca : “Trending no 1 di banyak negara” – Squid Game Pecah Rekod Jadi Siri Korea Paling Popular Lepas Seminggu Ditayangkan

Squid Game Pecah Rekod

Sumber: Koreaboo
Sumber: JNews
Sumber: JNews
Sumber: JNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.