in

“Trending no 1 di banyak negara” – Squid Game Pecah Rekod Jadi Siri Korea Paling Popular Lepas Seminggu Ditayangkan

Squid Game Pecah Rekod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, siri Korea Squid Game memang tengah trending dan menjadi bualan sejak ia mula ditayangkan di Netflix seluruh dunia. Siri yang mempunyai 8 episod itu menjadi kegilaan ramai sehinggakan ia berjaya memecahkan rekod mengalahkan rekod drama ‘Sweet Home’ sebelum ini.


Terbaru, Squid Game dilaporkan telah mencipta sejarah selepas berjaya mengungguli senarai top 10 di Netflix Amerika Syarikat. Menurut laporan, badan analisis atas talian, FlixPatroll telah mengumumkan bahawa siri terbabit menduduki tangga pertama di negara AS.

Squid Game Peserta

Scene Squid Game

Sebelum ini, drama Korea Selatan yang berjaya trending dan mendapat tempat di Netflix AS adalah Sweet Home yang berada di kedudukan ketiga pada tahun lalu.

Rekod itu membuktikan Squid Game bukan sahaja diterima baik tetapi juga negara luar sehingga ia berjaya menjadi trending di 13 negara lain. Selain AS, beberapa negara lain adalah Malaysia, Singapura dan Vietnam. Fuhhh power!

Squid Game Beratus

Squid Game

Front Man

Squid Game yang dibintangi Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo itu kini dilaporkan berada di tempat kedua Netflix global selepas Sex Education yang turut mula ditayangkan bermula 17 September lepas.

Bagi yang belum menonton, Squid Game menceritakan tentang 456 individu yang mempunyai masalah tersendiri terutamanya kewangan menjadi peserta sebuah permainan hidup atau mati. Mereka direkrut oleh anonymous untuk menyertai satu siri permainan kanak-kanak dan tanpa mereka ketahui, ia bukanlah permainan biasa sebaliknya cukup ganas.

3 Watak Squid Game

8D06628D 28Bb 47E5 9C65 Ae49C4370Eb6 1024X480 1

Siri permainan yang diketengahkan adalah merupakan permainan tradisional masyarakat Korea Selatan ketika kecil iaitu tarik tali, lampu merah lampu hijau, permainan sotong dan macam-macam lagi.

Pelbagai insiden menyusul termasuklah ada yang cuba melarikan diri, saling membunuh dan memberontak demi merebut hadiah wang tunai RM160 juta.

Baca: Wanita Jelaskan Terjemahan Sebenar Lagu ‘Red Light, Green Light’ Dalam Series Squid Game

Ft Maksud Redlight Greenlight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.