in

“Pastikan negara tu terima passport Malaysia”- Cik Epal Kongsi Tips Bercuti ke Luar Negara Lepas Border Buka

Cik Epal Bercuti Ke Milan Santorini Tips

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang arif di dunia media sosial, rasanya korang mesti kenal dengan influencer Cik Epal dan Jofliam yang baru-baru ini katanya telah melancong ke luar negara setelah sempadan negara dibuka.


Berkongsi kepada netizen di Instagram, Cik Epal dilihat gembira bersama keluarga apabila berada di Milan, Itali walaupun menurutnya ia bukanlah lokasi percutian asal mereka.

Malah menurutnya lagi, dia bersama suami telah berhabis RM40,000 gara-gara membeli tiket penerbangan ke sana. Aik kenapa boleh jadi macam tu? 

 

Sepatutnya pergi Santorini tapi terpaksa singgah Milan sebab… 

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Santorini adalah negara asal yang sepatutnya dia bersama keluarga pergi. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa mengubah rancangan di saat akhir disebabkan tidak dibenarkan memasuki Athens dan Santorini.

Katanya mereka kena singgah mana-mana negara di Eropah dulu sebelum ke sana. Sebab itulah tiba-tiba Milan menjadi destinasi yang tak dirancang.

So, dekat Athens maybe lah passport Malaysia depa tak bagi masuk buat masa sekarang.

“Kalau korang nak pergi tempat yang macam takde orang Malaysia datang lagi lepas border bukak ni, pastikan negara tu memang terima passport Malaysia untuk masuk. Sebab tak semua negara terima Malaysian sebab kes covid Malaysia tinggi.

“Lagi satu tips, boleh singgah negara Europe macam aku buat dulu. Baru masuk Athens/Santorini,” katanya.

 

“Nak jadi kaya macam Cik Epal, boleh berjalan tanpa serabut tak ada duit”  

Posting Cik Epal mendapat perhatian netizen yang rata-rata suka melihat pengalaman keluarganya bercuti di luar negara tanpa memikirkan isu kewangan.

Malah ramai juga menjadikan perkongsian Cik Epal sebagai inspirasi untuk bekerja keras dan dapat bercuti ke luar negara seperti influencer ini.

Bercuti Santorini

Korang yang plan nak bercuti oversea tu bolehlah take note tips dari Cik Epal ni. Bestnya dapat pergi Milan dan Santorini! 

Baca: [VIDEO] Orang Lain Rentas Negeri Pergi Bercuti, Lelaki Ini Travel Pergi Kedai Face Mask!

Kedai

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.