in

Pasangan Tular Bawa Bayi Dengan Motosikal Dikatakan Masih Belum Berkahwin?

F2 Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang kisah pasangan suami isteri yang membawa bayi mereka yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal.

Difahamkan, bayi yang berumur 11 bulan itu menghidap penyakit paru-paru kronik, saiz limpa besar dan gerd.


Kesusahan keluarga itu menyebabkan ramai pihak menyalurkan sumbangan untuk memudahkan mereka sekeluarga memberi rawatan yang terbaik untuk bayi berkenaan.

Namun, kecoh lagi sekali di media sosial apabila pasangan tersebut dikatakan masih belum berkahwin.

@aduanrakyatkualakedah

Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fypシ゚viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Muslim berkata pasangan tular telah dipisahkan sementara, lapor Kosmo.

Artikel berkaitan: “Belum dapat bantuan tetap” – Ini Kisah Keluarga Tular Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Naik Motosikal

Artikel berkaitan: PM Kini Sedang Mencari 3 Sekeluarga, Tular Naiki Motosikal Bawa Bayi Guna Alat Bantuan Pernafasan

Pihak masjid bagaimanapun akan membantu pasangan tersebut untuk proses perkahwinan mereka.

Sebelum ini, ada warganet yang mempertikaikan adakah keluarga itu tidak dibantu oleh pihak masjid.

Namun, pihak masjid menjelaskan bahawa mereka telah beberapa kali memberi bantuan kotak makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah kepada lelaki itu dan ibunya yang sakit angin ahmar.

Selain itu, bantuan kerusia roda juga pernah diberikan kepada ibu lelaki itu oleh pihak masjid.

Memetik laporan dari mStar, lelaki tersebut iaitu Azlan dan wanita itu, Hidayu dilaporkan akan berkahwin pada minggu hadapan dan dia turut mengaku bahawa mereka pernah ditegur oleh pihak agama kerana tinggal bersama meskipun masih belum mempunyai ikatan yang sah.

Azlan turut menjelaskan bahawa Hidayu telah bercerai dengan suaminya yang sebelum ini. Bekas suami Hidayu itu difahamkan sedang menjalani hukuman di sebuah penjara.

Sumber: mStar, Berita Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.