Ramai antara kita yang terjejas akibat pandemik Covid-19, ada yang kehilangan kerja dan ada juga yang terpaksa menjual barangan peribadi demi kelangsungan hidup.
Baru-baru ini, sepasang suami isteri warga Indonesia yang terbeban dengan pandemik Covid-19 terpaksa ‘menjual’ bayi yang baru sahaja dilahirkan kerana tidak mampu untuk membayar bil hospital yang mencecah RM 4,000 itu.
Menurut laporan Kosmo!, pasangan yang berasal daripada Lombok, Indonesia itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk discharge bayi tersebut selepas bersalin dan difahamkan kedua-dua mereka juga tidak mempunyai pekerjaan.
Sudah jatuh, ditimpa tangga
Pasangan yang menganggur itu juga terbeban apabila rumah mereka di Karak, Pahang ditenggelami banjir pada tahun lalu.
Oleh sebab itu, pasangan tersebut menjadi buntu dan nekad untuk ‘menjual’ bayi mereka kepada sepasang suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata dengan meminta mereka menyelesaikan bil hospital tersebut.
Keadaan kemudiannya menjadi semakin rumit apabila pasangan Indonesia itu tiba-tiba menghilangkan diri apabila sudah siap proses pembayaran, rumah sewa yang didiami mereka di Karak itu juga telah dikosongkan.
Lebih mengeruhkan keadaan, bayi itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana kehadiran ibu kandung untuk tujuan dokumentasi diperlukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dikatakan pasangan warga Indonesia itu juga tidak dapat dihubungi dan ibu bapa angkat bayi tersebut kerana risau prosedur pengambilan anak angkat ini tidak dapat berjalan dengan lancar dan tidak sah di sisi undang-undang.
Semoga dapat diselesaikan!
Baca: “Jangan berhenti susukan anak” – Ibu Positif Boleh Hasilkan Antibodi Covid-19 Untuk Bayi