Susulan tular video yang membabitkan seorang pemandu treler yang kemalangan akibat terkena serangan jantung semasa memandu dekat Kilang Daikin pada 3 Januari lepas, suami isteri yang dikatakan netizen sebagai perakam kepada video tersebut telah membuat permohonan maaf.
Menerusi video TikTok yang dimuatnaik @mubarakkhan1535, pasangan ini menafikan diri mereka sebagai perakam video berkenaan dan video itu hanya dimuatnaik semula ke TikTok selepas dia menerimanya melalui aplikasi WhatsApp.
https://www.tiktok.com/@mubarakkhan1535/video/7049308274570611994?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo871n4SrscHCAusc6wqD8QBg5P4E8bMRkp2Ge7qG7kBOaGxdDlbuhj80qIE%2FadAwCNfkWJslLWZPVs7QwPGgA%3D&checksum=ef9d763f90c9525a3a897d2c06c51f6c85ff6fba2e84a2bcca65ed18b5489087&language=en&mid=7049308335954365210&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7049308274570611994&share_link_id=B6F40CB7-A34D-474F-A4CB-7513C64DC870&source=h5_t×tamp=1641304350&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Video itu dihantar dalam WhatsApp group, saya cuma upload semula saja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.
“Kereta yang dilanggar itu juga bukan kereta saya, dengan suara dalam video itu memang tak sama dengan suara isteri saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pemilik akaun tersebut juga turut meminta maaf kepada keluarga pemandu treler berkenaan dan menegaskan dia tidak merakam video itu.
Mereka juga pada masa yang sama telah memuat naik laporan polis berkenaan hal tersebut dan kes ini sedang disiasat pihak berkuasa.
https://www.tiktok.com/@mubarakkhan1535/video/7049327337623571739
“Terima kasih abang akak bagi statement mohon maaf”
Hasil tinjauan di ruang komen, admin mendapati meskipun masih ada yang mengecam pasangan ini, namun terdapat sebilangan netizen yang memuji tindakan mereka memohon maaf atas penularan video tersebut.

Diharapkan isu ini selesai dan individu sebenar yang merakam video itu tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa.
Baca: Dituduh Mabuk Langgar Banyak Kereta, Rakan Dedah Pemandu Treler Sudah Meninggal Akibat Sakit Jantung

