Baru-baru ini terdapat dua video bersiri yang tular di media sosial, video pertama memaparkan satu pasangan lelaki dan wanita bergaduh mulut mengenai standard kecantikan wanita, video seterusnya pula memaparkan pasangan itu dikatakan sudah putus.
Dalam video kedua, dilihat lelaki itu meminta semula barangan mewah yang pernah diberikan kepada wanita itu menerusi mesej.
#ChibisanNews
VIDEO GADUH DALAM KERETA SAMBIL TUNGGU MCD SUDAH BERAKHIR
lepasni takkan lalu TL lagi!!!!! dorang dh break
akibat ingin viral sgt ha amik ko u deserve better!!!!! dpt ipad tu mat kn dh kene bagi balik pic.twitter.com/KecZ6ibVmq— ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤ hakim (@chibisan__) August 12, 2023
Siri video itu menarik perhatian ramai netizen, sehinggakan adanya kecaman terhadap wanita itu yang dikatakan menyebarkan aibnya sendiri.
Tiada angin tiada ribut, terbaru wanita tersebut menerusi TikTok miliknya memuat naik sebuah video yang menjelaskan situasi sebenar perkara itu.
“Apabila video itu viral, kami bersetuju untuk keluarkan lagi satu video untuk melihat bagaimana reaksi orang awam tentang permasalahan biasa dalam percintaan.
Ini merupakan lakonan 100% dan kami terkejut apabila video kali ini ramai pula yang menyokong pasangan saya hanya disebabkan barang yang dia ‘beli’, yang saya sertakan sebagai ‘props’.
Malah, ada juga wanita yang menawarkan diri untuk jadi teman wanita pasangan saya,” tulisnya.
Dia turut berkata, kedua-dua mereka tahu akan respon masyarakat serta komen-komen negatif yang ditinggalkan pada videonya itu, namun dia masih berterima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat serta komen yang positif.
Pada hujung video berkenaan, wanita itu memberitahu video-video yang dimuatnaiknya itu adalah sebahagian daripada social experiment yang mereka lakukan, dia turut mengakhiri video itu dengan meletakkan status ‘Puan’ di hadapan namanya.
Baca: “Terima kasih atas segalanya.” – Pasangan Kekasih Viral Bergaduh Dalam Kereta Kini Sudah Berpisah