in

“Terima kasih atas segalanya.” – Pasangan Kekasih Viral Bergaduh Dalam Kereta Kini Sudah Berpisah

Pasangan Kekasih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagikah anda dengan satu TikTok tular tidak lama dahulu yang memaparkan pergaduhan antara sepasang kekasih di dalam kereta?


Menurut TikTok terbaharu yang dimuat naik oleh gadis tersebut, mereka sudahpun berpisah baru-baru ini.

Lebih mengecewakan, bekas teman lelakinya meminta semua hampir semua barang serta hadiah yang pernah diberikan sebelum ini.

Berdasarkan TikTok sama, antara barang yang pernah diterima ialah sebuah Macbook Air, Apple Airpods dan juga sebuah speaker Marshall.

Menurut hantaran seorang pengguna di Twitter, tindakan lelaki tersebut merupakan satu tindakan wajar kerana teman lelakinya telah berhabis hampir RM10,000.

Berdasarkan komen, ramai yang bertindak mengecam tindakan wanita tersebut yang ibarat menjaja aib sendiri di media sosial.

“Perbualan mereka memang nampak ‘harmless’, tetapi benda macam ini tak perlu pun nak muat naik ke media sosial.

“Sendiri record lepas tu masukkan dalam media sosial. Mestilah teman lelaki dia terasa baca komen-komen. Sendiri rosakkan hubungan sendiri,” kata Moi.

“Dah bagi Apple products pun, tak reti hargai sampai nak muat naik video online. Memang makan diri balik,” kata Zhafran.

@cheeksiti Replying to @babyshayang ?? #fyp ♬ original sound – cheeksiti

“Padan muka, tanya lagi soalan bodoh. Ada benda boleh post dekat social media sosial, ada benda baik simpan berdua je. Kalau dah post, ada macam macam mulut orang dekat dunia ni, cuma nak cakap hidup jangan berpaksikan media sosial,” kata Melur.

Baca: ‘Haram memang menyeronokkan’ – Isteri Pasang Dua Suami, Enggan Berpisah Sebab Sayang

Isteri Pasang 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.