in

PAS Dapat RM90 Juta Dari UMNO?

Hadi Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin banyak kita baca tentang 1MDB ni, makin ramai yang kita rasa terkait dalam skandal terbesar negara ini. Salah satu dakwaan yang paling mengejutkan ialah apabila pemimpin tertinggi PAS dituduh terima wang daripada UMNO.


Menurut The Sun Daily, editor Sarawak Report (SR) Claire Rewcastle-Brown mendakwa yang dia ada banyak bukti menunjukkan PAS terima wang berjumlah RM90 juta daripada UMNO pada 2016. Perkara ni didedahkan Claire semasa interview dengan radio BFM semalam (21 Mei).

Clare Brown
sumber: mstar

“Saya tak sebenar-benarnya kata ia adalah Hadi (Tuan Guru Haji Hadi) yang mengambil wang itu daripada Datuk Seri Najib Abdul Razak. Itu yang mereka ‘sangka’ saya kata, tapi sebenarnya bukan itu yang saya nak kata. 

“Saya menulis (artikel) ulasan daripada tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai PAS yang dikatakan menerima ‘dedak’ daripada UMNO,” kata Claire.

Katanya lagi, dia antara orang pertama yang menulis tentang hal tersebut dan kemudian dia telah membuat siasatan mengenai wang yang kemungkinan diterima PAS itu.

20151217 Al Azhar 01
sumber: mmo

“Saya antara orang pertama yang melaporkan tentang skandal itu (PAS terima wang). Dan itulah yang saya katakan bahawa terdapat kepercayaan yang meluas tentang hal tersebut dan angka yang saya gunakan adalah berdasarkan kajian yang dihasilkan pada masa itu dan apa yang saya dengar.

“Saya kemudian terpaksa melihat hubungan (PAS dan UMNO) itu dengan lebih dekat dan terima kasih kepada tindakan undang-undang, sekarang saya ada lebih banyak informasi daripada apa yang saya perlukan,” jelasnya lagi.

Berang dengan artikel yang ditulis Claire, Abdul Hadi kemudian mengemukakan saman pada April 2017 lepas didakwa menyokong UMNO kerana mendapat wang sebanyak RM90 juta.

Mahkamah Tinggi London dilaporkan telah menetapkan tarikh sementara untuk perbicaraan penuh selama 10 hari dari 1 hingga 12 April 2019.

Satu lagi drama 1MDB dan penyelewengan wang yang bikin rakyat Malaysia pening kepala! 

Baca: Pasukan Khas Dibentuk, Siasat Terperinci Kes 1MDB

Page 1Mdb 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.