in

Pasukan Khas Dibentuk, Siasat Terperinci Kes 1MDB

Page 1Mdb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kes 1MDB yang masih belum selesai, tak hairanlah bila kerajaan dah umumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes berkenaan.


Menurut Malaysiakini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata penubuhan ini telah mendapat persetujuan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju membentuk satu pasukan khas siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.”

PMO telah keluarkan kenyataan untuk memaklumkan pasukan tersebut akan diketuai oleh beberapa tokoh berprofil tinggi iaitu:

  • Tan Sri Abdul Gani Patail (bekas peguam negara),
  • Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas ketua pesuruhjaya SPRM),
  • Dato Seri Mohd Shukri Abdull (ketua pesuruhjaya SPRM),
  • Datuk Abdul Hamid Bador (bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman).
M1 1
sumber: malaysiakini

Barisan pasukan khas berkenaan juga akan dianggotai oleh wakil-wakil setiap jabatan iaitu:

  • Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),
  • Jabatan Peguam Negara,
  • Polis Diraja Malaysia,
  • Bank Negara Malaysia,
  • beberapa orang peguam yang pakar dalam perkara berkaitan. 

1MBD merupakan syarikat pelaburan milik kerajaan sebelum ini yang didakwa telah melakukan penyelewengan dana awam. Kes ini juga dikaitkan dengan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak.

No 1
sumber: malaysiakini

Ni memang nak gali habis-habisan ni. 

Baca: Lapor 1MDB ke FBI

Khairudin 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.