in

Parodi Siri Layangan Putus 4 Bahasa Ini Buat Ramai Tak Kering Gusi

Fi Layangan Putus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Lidya Danira itu siapa? Namanya ada di mana-mana…it’s my dream mas!”

Mesti korang dah boleh terbayang scene ni kan? Babak dari siri Layangan Putus, dari negara seberang ini dah viral dekat semua platform media. Rakyat Malaysia pun ramai yang dah follow siri ni kan? Min confirm ramai yang sakit hati dengan perangai Aris dan ramai juga yang kesian dekat Kinan kan?


Video asal scene pertengkaran antara watak Aris (Reza Rahadian) dengan Putri Marino yang memegang watak sebagai Kinan (isteri Aris) ini bukan sahaja telah viral di Indonesia, malah ia juga telah berjaya membuat penonton daripada negara luar sakit hati dengan watak utamanya.

Disebabkan itu, banyak parodi babak pertengkaran itu yang korang boleh jumpa di media sosial terutamanya TikTok. Bukan sahaja dalam bahasa asal siri itu iaitu Bahasa Indonesia, malah bermacam-macam lagi bahasa lain yang diparodikan. Min confirm ramai yang terhibur!

Layangan Putuih versi Utagha Bak hang!

@yusrimdradzhi

Bila Layangan Putus kutip pelakon2 Kulim n Kodiang..#layanganputus #layanganputusparodi #fyp

♬ Sad Piano – Lesfm

Video berdurasi seminit daripada @yusrimdradzhi ini confirm buat ramai yang berdekah dengan versi ‘utagha’. Menggunakan kapsyen “Bila Layangan Putus kutip pelakon2 Kulim n Kodiang”, video ini berjaya 645.8 ribu jumlah tontonan dalam masa sehari. Rata-rata netizen siap request nak versi loghat lain lagi!

Layangan Putus versi Korea Nuguya!

@adindanegara

It’s my dream, not her! Versi Korea😂 Tag temen kamu!🔥 #itsmydreamnother #layanganputus #layanganputusparodi #fyp #fypdongggggggg #fypシ #yakaligafyp

♬ original sound – Adinda Negara – Adinda Negara

Versi kali ni pula macam tengok K-drama. Versi alih suara Bahasa Korea daripada @adindanegara ini buat ramai yang memuji kemahiran bahasanya. Adinda yang merupakan warga Indonesia ini rupanya dikatakan pernah belajar di negara Korea Selatan. Patutlah fasih je dia jadi watak Kinan tu…

Layangan Putus versi Thailand Krapp!

@thailetuber

Reply to @neewwiiee lagian si aris apaansik #layanganputus #samasamabelajar #belajarbahasathailand #thailetuber

♬ original sound – Fah – Fah

Walaupun merupakan seorang warga Indonesia, namun gadis ini sangat fasih berbahasa Thailand. Dia yang menggunakan akaun @thailetuber ini dipuji kerana membuat alih suara siri ini dalam bahasa Thailand. Tapi yang comelnya scene bertengkar tu dah tak jadi nak marah sebab lembut sangat bila berubah bahasa!

Layangan Putus versi Jepun Deisu!

@sweetsesil_

@calvinrusli_ omg omg omg!!! makasi vin✨ wkwkwk

♬ original sound – cecil – cecil

 

Versi bahasa Jepun merupakan alih suara yang paling viral untuk siri ini. Macam tengok anime! Duet video antara @calvinrusli dan @sweetsesil_ ini telah berjaya meraih sebanyak 10.4 juta tontonan dan 1.6 juta like! Ramai kan? Memang power lah diorang ni!

So, antara 4 ni mana satu favourite korang? Atau korang ada lagi parodi lain yang lagi best daripada ni?

Baca: Isu Curang Jadi Perbalahan Di Facebook, Ada Netizen Cakap Tindakan Isteri Viralkan Video Salah?

Baca Layangan Putus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.