in

Panglima TUDM Bakal Ketuai Persembahan Udara Hari Kebangsaan 2025

ft panglima tudm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diserikan dengan detik bersejarah apabila Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, bakal menerbangkan sendiri pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dalam segmen persembahan udara di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025.

Penglibatan langsung Panglima Tentera Udara ini bukan sahaja menjadi tumpuan utama, malah mencerminkan semangat kepimpinan beliau untuk berada di barisan hadapan bersama para perwira, melambangkan kekuatan dan komitmen pasukan.


Dalam pada itu, persiapan dan latihan telah dimulakan pagi semalam (Rabu) bersama juruterbang dan anak kapal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memastikan persembahan berjalan lancar.

539229461 1190043946500404 1636816723805456480 n

Kalau diikutkan, persembahan udara lah yang ramai nantikan kerana ia bakal melibatkan pelbagai aset udara daripada agensi keselamatan dan pertahanan lain, termasuklah Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

540916722 1190044973166968 6978140212988343953 n

Secara keseluruhan, sebanyak 30 aset udara, terdiri daripada pesawat pejuang, pesawat pengangkut, dan helikopter, akan menggegarkan ruang udara Putrajaya pada sambutan kemerdekaan tahun ini. Ia diterjemahkan sebagai satu simbolik keberanian dan pengorbanan yang tidak bertepi demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.

Artikel berkaitan : Panglima Tentera Udara Ke-21 Gariskan Enam Tonggak Utama Untuk Masa Depan TUDM

Artikel berkaitan : Kelakar! Intercom Bersahaja Dalam Kokpit TUDM Buat Orang Ramai Terhibur

Dalam pada itu, bersempena tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, pihak TUDM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada saksi detik bersejarah ini bersama keluarga tercinta.

Sumber: TUDM
Sumber: TUDM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.