in

Kelakar! Intercom Bersahaja Dalam Kokpit TUDM Buat Orang Ramai Terhibur

TUDM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Langkawi sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa 2023 (LIMA’23). Antara yang mendapat perhatian ramai adalah persembahan udara oleh juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ada satu video yang tular di media sosial berkaitan LIMA’23 dan TUDM. Satu video perbualan intercom yang dipercayai dari menara kawalan atau groundcontrol dengan juruterbang di kokpit pesawat yang sangat bersahaja telah mendapat perhatian ramai.


Walau bagaimanapun, min tak berapa pasti video yang tular tu dubbing atau betul-betul perbualan yang berlaku. Korang tengok sendiri lah video @facktura kat bawah ni.

 

Dubbing ke betul-betul?

Korang kalau dah tengok video tu, korang rasa perbualan tu betul-betul berlaku atau dubbing?

Kalau betul-betul berlaku memang sempoi habis lah TUDM kita ni. Tapi kalau dubbing, memang tak dinafikan lah rakyat Malaysia ni memang pandai buat lawak.

Screenshot 2023 05 28 at 10.21.38 AMPerbualan dan arahan yang diberikan kepada juruterbang tu memang bersahaja je kan. Dah macam sembang-sembang dekat kedai kopi pulak min dengar. 

Screenshot 2023 05 28 at 10.23.09 AMMin pun confuse. Kalau tengok komen ada yang cakap dubbing. Tapi apa-apa pun min terhibur lah.

Screenshot 2023 05 28 at 10.24.32 AMLaksa ikan seekor tu memang ada dekat Langkawi tau. Memang betul restoran tu hidang seekor ikan dengan laksa tu. 

Screenshot 2023 05 28 at 10.25.00 AMKann… sangat budaya Malaysia. Habis event dan nak reward diri, mesti pergi makan yang best-best. Dalam kes ni, nak makan laksa ikan seekor pulak. 

Baca: Tular Juruterbang Persis Pelakon Korea, ‘Oppa’ Black Eagle Diserbu Peminat

Screenshot 2023 05 28 at 10.25.36 AM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.