in

“Elakkan zina berlaku” – Kerajaan Terengganu Buat Syarat ‘Pengasingan Jantina’ Di Panggung Wayang

Featured Image 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum diberitahu, pada tahun 2017 panggung wayang mula beroperasi di negeri Terengganu. Ketika itu hanya CCTV sahaja di pasang untuk memantau gerak geri penonton di dalam pawagam tersebut.


Berkuat kuasa 1 Julai, syarikat rangkaian pawagam di negeri itu telah melaksanakan satu syarat baharu yang perlu dipatuhi oleh penonton ketika mengunjungi panggung wayang tersebut.

Menerusi Facebook Lotus Five Star Cinemas, mereka telah mengeluarkan notis tentang zon pengasingan jantina di dalam pawagam.

Notis Penting.Mulai 1 julai 2020 Panggung LFS Cinemas Kuala Terengganu akan melaksanakan ZON pengasingan tempat duduk…

Posted by LFS Cinemas on Jumaat, 3 Julai 2020

Menurut Sinar Harian, Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali memberitahu pelaksanaan peraturan itu mengikut garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan, dan Sukan Negeri Terengganu.

Mereka melaksanakan syarat ini sejurus selepas menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Garis panduan ini bukan untuk orang Islam sahaja, malah mereka yang bukan Islam juga harus mematuhi syarat ini.

Pelaksanaan peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut syariat Islam atau patuh syariah,” – Mohd Zulmajdi Razali 

Tambahnya lagi, mereka turut mempunyai hak untuk membuat pengasingan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Serta mereka turut boleh memeriksa situasi dalam pawagam itu jika ada situasi mencurigakan.

Wayang1

Jangan risau, jika anda datang bersama keluarga, ada kawasan khas yang disediakan oleh pihak pawagam.

Kita telah bahagikan tempat duduk bahagian tengah panggung wayang untuk pasangan berkeluarga namun bergantung kepada keadaan semasa di mana terdapat juga pengunjung lelaki atau wanita ditempatkan di tempat duduk bahagian tengah sekiranya keadaan memerlukan asalkan menjaga batasan antara satu sama lain,” –  Mohd Zulmajdi Razali 

Buat masa ini, tempahan tiket secara online ditutup berikutan dengan garis panduan yang baru sahaja mereka laksanakan.

Untuk pengetahuan korang, Terengganu merupakan negeri pertama yang melaksanakan peraturan ni di Malaysia.

 

Baca: [TERKINI] Mulai 1 Julai, Panggung Wayang Boleh Mula Beroperasi TAPI Kena Ikut SOP

Annotation 2020 07 06 182632

Sumber: LFS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.