in

Pamer Cara Penyeksaan Zaman Dahulu, Ini 5 Muzium Paling Menakutkan Di Dunia

Untitled Design 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari dulu lagi, tempat-tempat bersejarah memang seronok untuk kita lawati. Sebabnya kita boleh tahu mengenai perkara yang dah terjadi dan pada masa yang sama belajar daripada sejarah.


Dekat luar negara mahupun dalam Malaysia ni banyak je tempat-tempat bersejarah yang korang boleh pergi seperti bekas tapak pertempuran dan berbagai lagi. Namun, yang paling senang korang kunjungi adalah muzium-muzium yang ada berdekatan korang.

Tapi, dalam banyak-banyak muzium yang ada, min nak cerita lima muzium yang boleh buat korang menggeletar dan tak tidur malam.

1. Muzium Musee Dupuytren

Duput1

 

 

Muzium pertama ni memang dah cukup menggelikan dan menakutkan bagi siapa yang datang ke sini. Untuk pengetahuan korang, muzium ni terletak dekat ibu negara Perancis iaitu Paris.

Yang pelik dan mengerikannya, muzium ni mempamerkan pelbagai jenis spesimen anatomi yang ada kecacatan disebabkan pelbagai penyakit. Paling mengejutkan, terdapat lebih 6,000 buah spesimen yang korang boleh tengok.

Selain itu, muzium ni diasaskan oleh seorang ahli kimia negara itu iaitu, Mathieu Orfila pada tahun 1835. Akan tetapi, banyak kes kehilangan dan kerosakan spesimen disebabkan kurang penjagaan secara rapi.

Walaupun begitu, muzium ni telah diubahsuai serta diberikan pembaharuan yang boleh menarik minat pengunjung terutama bagi yang meminati bidang sains dan perubatan.

Artikel berkaitan : Lelaki UK Gila Proton, Simpan Impian Nak Buka Muzium Di Masa Hadapan

2. Muzium Vent Haven 

Vent

Bagi siapa yang ada pediophobia atau takutkan anak patung, muzium ni bukanlah untuk korang. Ini kerana muzium yang terletak di Cincinnati, Amerika Syarikat ni adalah tempat pameran pelbagai boneka ventrilokis.

Kalau korang nak tahu, boneka ventrilokis digunakan dalam persembahan oleh seorang penghibur yang mempunyai kemahiran untuk membuat suara mereka seolah-olah datang dari tempat lain. Ajaib, tapi agak menakutkan.

Bukan tu je, apa yang lagi mengerikan di sini, ada lebih 900 boneka yang setiap satunya kelihatan mirip seperti seorang manusia. Memang meremang bulu roma kalau korang tenung patung yang tak berkelip dekat sini lama-lama.

Muzium ni juga merupakan satu-satunya tempat di dunia yang menempatkan patung-patung ventrilokis ni. Tapi, kalau dapat peluang pergi Amerika Syarikat, korang nak pergi ke muzium ni tak?

3. Muzium Medieval Torture

Torture Museum 

Yang ni min bawakan kepada korang muzium penyeksaan pada zaman dahulu. Sebagai info, muzium ni memang banyak dibina di dunia terutama sekali di Eropah. Sebagai contoh, ada di Itali, Amerika Syarikat dan Netherlands.

Yang amat menakutkan ialah muzium-muzium ni menampilkan bentuk-bentuk hukuman kejam dan sadis yang dijalankan pada zaman dahulu terhadap pelaku salah. Ada di antaranya, hukuman dimakan tikus dan tubuh terbelah dua secara perlahan. Min pun tak lalu nak cerita semuanya pada korang.

Yang pastinya, hukuman-hukuman tak berperikemanusiaan ni dah dibubarkan dan diharamkan untuk dikuatkuasakan semula. Walaupun begitu, kalau korang berpeluang pergi ke muzium ni, korang boleh ambil iktibar dan pengajaran daripada zaman dahulu.

Sejurus itu, korang pun boleh merasa insaf dan menghargai kehidupan korang kini di dalam negara yang aman serta adil dan saksama.

Artikel berkaitan : Netizen Tak Puas Hati, Kerajaan Negeri Selangor Beli Kapal Korek 10 Juta Untuk Dijadikan Muzium

4. Capuchin Catacombs

Cataco

Kali ini mesti korang akan bermati-matian tak nak pergi ke muzium ni. Sebabnya, muzium ni adalah tempat dikumpulkan orang-orang yang dah mati. Bukan mayat tipu, tapi mayat betul korang! Kalau ditawarkan duit pun, min memang tak nak pergi ke sini.

Kalau nak tahu, muzium ni ada di Palermo, Selatan Italy dan telah dibina berkurun lamanya. Tapi yang lagi menakutkan, sebelum terbinanya muzium ni, ianya merupakan tapak perkuburan yang besar pada abad ke-16.

Selain itu, sebahagian mayat di sini mengalami proses pemumiaan dan dijaga rapi oleh pekerja-pekerja di sini. Tapi, korang jangan terkejut kerana proses memumiakan mayat ni memang dah menjadi budaya masyarakat di Palermo dari abad ke-17 hingga ke-19.

Walaupun dilabel antara tempat yang mengerikan, muzium ni pernah dilawati oleh ramai cendekiawan terdahulu seperti, Alexandre Dumas dan Carlo Levi.

5. Muzium Purgatory

Ourgo

Muzium yang terakhir ni memang muzium paling berhantu di dunia. Sebabnya, banyak cerita mistik yang berkaitan dengan muzium ni. Memang padan dengan namanya, Purgatory dalam doktrin Katolik yang bermaksud tempat yang dihuni oleh jiwa-jiwa yang sedang menebus dosa mereka sebelum ke syurga. Takutnya!

Untuk pengetahuan korang, muzium ni ada di Rom, Itali dan mempunyai koleksi tanda dan bekas pada buku, baju, kertas dan permukaan meja yang dipercayai berpunca daripada roh yang sedang disucikan daripada dosa mereka.

Salah satu barang yang popular di muzium ni adalah sebuah buku yang mempunyai kesan tapak tangan roh manusia yang terbakar, dipercayai sedang dalam proses penyucian dosa ni.

Tambahan lagi dalam fahaman Katolik, pembersihan dosa-dosa roh boleh disegerakan dengan doa daripada orang-orang tersayang yang masih hidup. Oleh itu, kesan-kesan terbakar itu juga dipercayai merupakan mesej daripada roh-roh tersebut kepada orang tersayang untuk berdoa dengan lebih kuat.

Kalau korang, muzium mana yang korang paling tak nak pergi?

Sumber : iluminasi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.