in

Pakar Hartanah Bimbang Banyak Pejabat Kosong Di KL, Menyamai 10 Menara Merdeka 118

Pejabat Kosong Kl Menyamai Menara Merdeka 118

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kuala Lumpur hari ini mempunyai banyak bangunan dan menara yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke bandar itu.


Selain itu, ibu kota ini jugalah menjadi pusat pencarian rezeki sama ada yang datang dari luar bandar mahupun dari negara luar.

Walaupun nampak indah saja apabila melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur, tetapi menyedihkan apabila pakar hartanah menyuarakan kebimbangan mengenai jumlah ruang pejabat kosong di bandar ini.

Menurut pakar, lambakan ruang pejabat kosong ini dianggarkan melebihi 30 juta kaki persegi, atau 10 kali ganda jumlah keluasan lantai menara Merdeka 118.

Merdeka 118 Tem1433 20220810135749 Theedgemarkets 1

Ketua pegawai eksekutif kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, banyak unit kosong terletak di kawasan pusat perniagaan, pinggir dan kawasan pusat bandar raya.

Penggunaan meningkat tetapi masih banyak pejabat kosong

Katanya, walaupun penggunaan keseluruhan ruang pejabat meningkat pada 2022 iaitu selepas PKP berakhir, namun pertambahan ruang pejabat baharu telah menyebabkan bekalan melebihi permintaan.

“Persaingan ini menyukarkan lagi pemilik untuk menaikkan sewa dan memaksa mereka menawarkan insentif,” katanya kepada FMT.

Di samping itu, peralihan cara bekerja iaitu kerja dari rumah atau hibrid turut menyumbang kepada faktor ruang pejabat kosong meningkat.

299920681 580799007071951 7840270748444522182 N

Sukar tukar ruang pejabat kepada unit kediaman

Jelas Khasif, menukar ruang pejabat kosong kepada unit kediaman bukan idea yang menarik. Ini disebabkan penyewa kediaman hanya akan membayar untuk ruang yang mereka duduki, manakala penyewa pejabat cenderung menyewa keseluruhan lantai.

Tambahnya, mengubah suai ruang berkenaan sukar kerana ia memerlukan perubahan susun atur bangunan.

Apa pandangan korang tentang isu ini?

Baca: “Dah macam kotak” – Pelajar Intern Kecewa Ditipu Pemilik Rumah Sewa
Bilik Sewa Manjung

Sumber: The Edge
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.