in

Mengidam Punya Pasal, Wanita Datang Ke Balai Polis Dan Minta Izin Bonceng Motosikal Polis

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang hamil pasti pernah mengalami rasa mengidam dan mahukan sesuatu yang pelik. Ada yang mengidam mahu memakan makanan yang sukar dicari, ada juga yang mengidam mahu pergi ke sesuatu tempat.


Namun lain pula kisahnya buat seorang wanita hamil di Garut, Jawa Barat, Indonesia apabila dia mengidam untuk menaiki motosikal polis.

Difahamkan, wanita ini sanggup datang ke balai polis dan meminta izin anggota di situ untuk membonceng motosikal mereka.

2 1

Jurucakap unit polis trafik Garut, Kanit Turjawali berkata, wanita hamil tersebut datang ke balai polis dan bertanya jika di boleh menaiki motosikal yang digunakan oleh polis trafik ketika membuat rondaan.

“Wanita itu memaklumkan dia hamil dan begitu teringin untuk menaiki motosikal polis”, ujar Kanit.

Kebetulan pada ketika itu, seorang anggota polis trafik sedang bersiap sedia untuk bertugas dan pihak mereka membenarkan wanita hamil tersebut untuk menaiki motosikal polis.

Polis yang bertugas tersebut kemudiannya membawa wanita tersebut menaiki mosotikal dan berjalan-jalan di sekitar kawasan balai polis tersebut.

Selepas rasa mengidamnya ditunaikan, wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak balai polis kerana melayan kerenahnya.

Kredit: Kompas

BACA: “Nasib bukan benda pelik” – Mengidam Nak Naik Ativa Putih, Bakal Ibu Tak Sangka Impian Tercapai

Capture 3

 

Sumber: Komspas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.