in

“Pakai uniform dia kata bawak kuman” – Jururawat Terkilan Masyarakat Pandang Serong, Disisih Hanya Kerana Pakai Uniform ‘Misi’

Jururawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan bertugas sebagai jururawat atau ‘misi’, wanita ini tidak sangka golongan frontliners yang sepatutnya yang disanjung ramai telah menjadi mangsa pandangan serong masyarakat.


Menurut Harian Metro, Nurul Izzati Liyana Mohd Azhar, 29, memberitahu dia telah disisih masyarakat hanya kerana uniform jururawatnya didakwa membawa kuman.

“Hanya disebabkan kami memakai baju misi (pakaian seragam jururawat), sesetengah pihak memandang kami seperti membawa kuman dan virus sehingga ada yang tidak membenarkan kami masuk membeli barangan di kedai runcit,” katanya.

Kisah itu telah dimuat naik adik jururawat tersebut di ruang status WhatsAppnya yang kemudian mendapat perhatian ramai.

Covid 1

Antara kisah lain yang dikongsikan termasuk ada pihak yang tak mahu naik lif bersama-sama ‘misi’ dan memarahi petugas kesihatan ketika mereka sedang mengisi minyak. Alahai… 

Menurut Nurul Izzati, semua petugas kesihatan sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan hospital sebelum dan selepas menjalankan tugas.

“Jangan risau kami semua tidak menggunakan uniform (seragam) sama ketika menguruskan pesakit Covid-19.

“Uniform itu hanya dipakai ketika mengimbas kad sebelum masuk bertugas dan selepas itu memakai baju yang lain serta pakaian perlindungan diri (PPE).

“Sebelum memakai semula pakaian itu di akhir tugasan, kami akan mandi terlebih dulu sebelum pulang ke rumah.

“Malah, sejurus sampai ke rumah kami akan mandi sekali lagi dan baju itu akan terus dicuci bagi mengelak sebarang kuman atau virus menjangkiti individu di rumah,” katanya lagi.

Izzati Liyana

Malah katanya, ada pula SOP khusus bagi penjagaan pesakit COVID 19 di hospital bagi mencegah penularan wabak itu kepada masyarakat umum.

“Tidak salah untuk bersikap paranoid demi menjaga kesihatan diri namun biarlah tindakan itu diikuti dengan pengetahuan yang betul.

“Saya juga ada keluarga di rumah dan kerana itu saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada mereka,” katanya.

Nurul Izzati yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur berkata, dia pernah memakai PPE daripada plastik sampah pada peringkat awal pandemik tersebut dan berharap masyarakat tidak melayannya seperti ‘pembawa virus’.

“Tujuh jam memakai PPE lengkap sudah terasa panasnya, apatah lagi memakai PPE yang diperbuat daripada plastik sampah.

“Banyak yang dikorbankan petugas kesihatan ketika pandemik ini, bukan saja berpanas, malah ada yang tidak berjumpa keluarga lebih dua bulan bagi memastikan orang lain selamat,” tambahnya lagi.

Haish kesian betul bila frontliners kita dilayan macam tu. Kalau difikir secara logik, takkanlah dia nak pakai baju yang sama masa jaga pesakit Covid dan keluar ke tempat awam macam tu je kan? 

Baca: “Tahniah frontliners” – Pasukan Covid-19 Hospital Sungai Buloh Dapat Pengiktirafan Global

Fff

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.