Rasanya tak perlu diperjelaskan lagi mengenai isu dan kontroversi yang terpalit kepada pelakon Munafik 2, Fauzi Nawawi ini.
Isu yang sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai ini bukan sahaja dalam kalangan netizen malah pihak-pihak lain juga turut bersuara termasuklah rakan-rakan artis sendiri.
Terpanggil dengan isu tersebut, satu badan NGO yang khusus untuk para penggiat seni, Persatuan Seniman Malaysia cuba mendapatkan penjelasan daripada Fauzi Nawawi sendiri berkenaan dengan isu tersebut.
Menurut perkongsiannya di laman rasmi Twitter @SenimanMalaysia, sesi temubual itu telah dijalankan menerusi laman live TikTok yang dikendalikan oleh Presidennya iaitu Zed Zaidi.
Malam ni live di tiktok jam 11.30 malam penjelasan fauzi nawawi mengenai isu kontroversi mengenai dirinya bersama presiden seniman zed zaidi pic.twitter.com/3qdgGm1p1R
— Persatuan Seniman Malaysia (@SenimanMalaysia) October 20, 2021
Namun begitu, ada aspek lain yang menjadi tumpuan netizen dimana rekaan poster tersebut mendatangkan rasa kurang senang di mata mereka selain menjadi pertikaian mengenai isu yang lawak rogol sedang hangat ini.
Berseninya poster – Netizen
Apapun mungkin sesi temuramah ini dapat membantu Fauzi dalam membetulkan kesilapannya itu. Harap lepas ini dapat dijadikan pengajaran dan lebih peka dalam menghasilkan satu rekaan berkualiti.