Isu Fauzi Nawawi ‘terlepas cakap’ mengenai adegan panas ketika menjawab soalan di sebuah rancangan temubual di TV masih lagi menjadi topik hangat dikalangan netizen.
Walaupun pelakon tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka, ia tetap tak boleh nak hentikan netizen dari terus memarahi Fauzi Nawawi selepas perlakuannya itu dianggap keterlaluan.
Bukan hanya pelakon ini, keluarganya termasuk isteri yang juga seorang pelakon, Lisdawati dan anaknya, Hanna Faresha turut terkena tempiasnya.
Terkesan dengan kenyataan ayah
Menerusi Instagram, anak Fauzi Nawawi Hanna Faresha telah mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf kepada netizen atas kesalahan ayahnya itu.
Assalamuailaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya.”
Hanna juga turut mengakui yang dia tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat ayahnya dan turut terkesan sebagai seorang wanita. Namun berharap insiden ini menjadi pengajaran.
Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutama kepada keluarga kami.”
Anak Fauzi Nawawi ini juga turut meminta agar ayahnya diberi ruang untuk selesaikan perkara ini dengan pihak yang terkesan dan berharap agar ia tidak lagi diperbesarkan.
Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Oleh itu biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan.”
Gadis ini turut meminta agar netizen hentikan komen yang tidak sepatutnya ke atas dirinya dan ahli keluarganya yang lain.
Biasalah bila jadi macam ni, habis semua keluarga pun terpalit sekali. Kesian juga dekat Hanna ni, harapnya netizen hentikan komen makian dekat orang yang tak ada kena mengena.
Baca: Fauzi Nawawi Akui Terlepas Cakap Dalam Program TV, Minta Maaf Pada Raja Farah &; Suami