in

Pakai Macam Pocong Nak Takutkan Orang, Sekali Kena Denda Tidur Dekat Kubur!

Pocong Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haaa tula nak sangat takutkan orang! Takde kerja lain ke dorang niiiii?


Satu posting dekat Facebook viral sejak semalam menunjukkan dua remaja lelaki yang berjaya ditangkap penduduk kampung sebab menyamar sebagai pocong!

Pocong 1
sumber: facebook

Katanya, dorang berdua ni dah lama buat ‘kerja’ tu semata-mata nak takutkan orang kampung. Dan akhirnya malam semalam dorang kantoi dan berjaya ditangkap oleh penduduk. Haa padan muka!

Kalau dah buat benda macam ni, mesti lah kena bagi pengajaran. So, penduduk kampung bersepakat untuk tak lepaskan dorang macam tu je tapi sebaliknya denda dorang dengan cara yang paling rare sekali.

Sebagai denda, kedua-dua remaja tu dibawa pergi tanah perkuburan berdekatan dan disuruh untuk bermalam di situ dengan berpakaian seperti pocong!

Pocong 2
sumber: facebook

Walaupun tak disahkan terjadi dekat mana, tapi serious first time admin dengar cerita macam ni. Sama lah macam netizen yang lain. Masing-masing bagi komen dan reaksi tentang insiden kelakar dan mengejutkan ni.

“Rasanya ada sorang lagi belum kena tangkap. Tukang ikat tu, takkan dua orang tu pandai ikat sendiri.”

“Cari lagi satu, ketua pocong. Dia yang tolong ikat tali, hantar anak buah je buat kerja. Dia rileks je perhatikan.”

Hahahahaha, betul jugak kan apa dia cakap. Make sense! Siapa lah agaknya yang ikatkan ‘baju’ pocong dorang tu…

Ada juga yang bergurau dan suruh remaja tu pergi casting minta kerja dengan pengarah. Boleh jadi extra sebagai hantu kan!

“Cubalah minta kerja kosong dekat Mamat Khalid, jadi pelakon pembantu pun okay juga.”

“Tak ada ke pengarah nak ambil budak dua orang tu untuk berlakon. Bakat terpendam.”

Orang lain sibuk nak main game PUBG, DOTA malam malam. Dorang punya aktiviti ni lain dari yang lain. HAHA!

Baca: Kecoh Pusat Mengundi Penuh Hantu!

Page Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.