in

“Pak Maon ke tu?” – Isteri Cepat-cepat ‘Sailang’ Masa Suami Tengah Syok Bergerudi Dengan Penyanyi Dangdut

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Muzik dangdut dan Indonesia memang sangat sinonim. Malah sampai sekarang, masih ramai lagi artis di sana yang bawa lagu dangdut dan banyak tempat-tempat di perkampungan Indonesia yang membuat persembahan dangdut sebagai hiburan di sana.


Macam biasalah kalau ada lagu dangdut, mesti akan ada gerudi, goyang pinggul serta penyanyi bersuara lunak dan seksi.

Baru-baru ni, sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tengah asyik berjoget dengan seorang penyanyi dangdut di atas pentas.

Ezgif 3 A68B56928F48

Dalam video berdurasi satu minit ni, korang boleh tengok seorang penyanyi wanita sedang berjoget dengan seorang lelaki yang merupakan salah seorang penonton. Ia merupakan satu benda yang biasa berlaku bila ada persembahan dangdut di kampung-kampung.

Tapi, apa yang membuatkan video ini lain dari yang lain, bila masa lelaki ini tengah syok menari dengan penyanyi dangdut, tiba-tiba seorang wanita lain masuk ke tengah dan sailang penyanyi dangdut itu dan terus berjoget dengan lelaki tersebut.

Ezgif 3 B2523802C1D4

Dipercayai, wanita yang sailang itu merupakan isteri kepada lelaki tersebut. Kerana tak boleh menerima suaminya menari dengan perempuan seksi, wanita ini membuat keputusan untuk naik ke atas pentas dan menari dengan suaminya.

Tanpa menghiraukan penonton lain yang tergelak memperlihatkan aksi pasangan ini, mereka terus menari berdua membuatkan yang lain tambah terbahak-bahak.

Bila video ini dah tular, ramai yang netizen yang terhibur dengan gelagat pasangan ini malah ada juga yang memuji tindakan wanita ini yang memilih untuk menari dan bukan marah suaminya.

Korang boleh tengok video penuh kat bawah ni:

The power of emak emakLagi asyik goyang dengan pemyanyinya.Lhoooooo …. Bojone dewe nusul dasteran goyang munggah panggung ngganti gaeeees ? ? kapooook lik???? diguyu cah cilik"Jaaal komeno ?????

Posted by Yuni Rusmini on Monday, July 1, 2019

Hahahaha, lagi sikit nak sama macam Pak Maon, nasib laki ni tak lari turun pentas.

 

Baca: Persembahan Dangdut Yang ‘Mengghairahkan’ Jadi Hiburan Sebelum Pentas Di Badai Tsunami

Screenshot 2020 03 26 At 3.35.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.