in

Persembahan Dangdut Yang ‘Mengghairahkan’ Jadi Hiburan Sebelum Pentas Di Badai Tsunami.

Featured 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam genap 14 tahun berlakunya bencana Tsunami di bumi Aceh yang terletak di Utara Pulau Sumatera Indonesia yang mengorbankan lebih 200,000 nyawa.


Tiada siapa menyangka dan tiada siapa menduga, negara jiran kita dilanda malapetaka bersilih ganti dengan terbaharu bencana Tsunami Anak Krakatau yang telah mengorbankan lebih 400 nyawa sehingga kini.

Dalam dua tiga hari kebelakangan ini kecoh di media sosial selepas tersebarnya klip video berdurasi 24 saat yang memaparkan aksi seorang penyanyi wanita yang menari dengan liuk lentok badan yang menggoda bersama dua orang lelaki yang agak berumur.

Difahamkan persembahan dangdut tersebut berlaku sebelum kejadian Tsunami di Tanjung Lesung Indonesia pada 22 Disember lalu.

Malah berdasarkan ‘backdrop’ pada video tersebut, kelihatan pentas yang digunakan seakan-akan sama dengan pentas yang digunakan kumpulan Seventeen sewaktu membuat persembahan sebelum di hentam Tsunami.

Compare
Sumber : youtube

Menurut sumber, dipercayai persembahan dangdut tersebut berlangsung sebelum kumpulan Seventeen menyampaikan lagu mereka.

Malah ada yang mengatakan video rakaman tersebut mungkin terlepas pandang daripada liputan media khususnya arus perdana.

Pentas Band Seventeen di badai Tsunami…

Sebelum ini viral di media sosial video saat-saat ombak besar tsunami membadai pentas utama konsert kumpulan Seventeen yang turut mengobankan pemain bass, Muhammad Awal Purbani, pengurus kumpulan, Oki Wijaya, pemain gitar, Herman Sikumbang, anggota kru ; Rukmana Rustam dan pemain dram, Wisnu Andi Darmawan dalam bencana malam Sabtu lalu.

Dalam rakaman berdurasi 50 saat itu, difahamkan kumpulan Seventeen sedang rancak membuat persembahan, namun tidak lama kemudian pentas tersebut runtuh dibadai Tsunami yang datang dari bahagian belakang pentas.

Lapor bharian Tsunami yang melanda kawasan pantai wilayah Banten dan Lampung itu mengakibatkan 429 maut, manakala 1,485 mangsa cedera dan kira-kira 154 lagi masih hilang, selain lebih 16,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Sama-sama kita doakan mereka yang maut ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan semoga masih ramai yang akan ditemui selamat…Amin

Baca : Tsunami Krakatau: Kanak-kanak 5 Tahun Selamat Lepas Terperangkap 12 Jam Bawah Sisa Runtuhan Tsunami

Featured 16 768X404 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.