in

Paip Sinki Meletup Gara-gara Jiran Guna Asid, 2 Kanak-kanak Cedera

Lecur Asid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan bahan kimia perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul bagi memastikan keselamatan.


Terbaru dua orang kanak-kanak melecur di bahagian badan mereka kerana sinki meletup di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, Selangor.

Ia dipercayai berpunca daripada jiran mereka yang menggunakan asid untuk membaiki sinki tersumbat, oleh kerana mereka tinggal di rumah pangsapuri, paip sinki tersebut kemudiannya meletup dan mengakibatkan kecederaan.

328312333 528618529099252 1060538858026496344 N

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.

“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.

Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Difahamkan, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri tersebut telah menggunakan serbuk soda yang dibeli secara online bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.

Baca: Melecur Akibat Gas Meletup Masa Makan Hotpot, Mangsa Tak Puas Hati Hanya Terima RM4,000 Sebagai Pampasan

Ft Steamboat Hotpot Meletup

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.