in

“Pahit untuk ditelan” – Tomok Kongsi, Hanya Dapat RM19.06 Royalti Dari 2013-2021

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai menganggap menjadi artis terkenal boleh jadi kaya sekelip mata. Namun, hakikat sebenarnya ramai artis lebih-lebih lagi penyanyi ditindas. Walaupun sudah lama bertapak di pentas seni, pendapatan tetap tak seberapa.


Sebelum ini, penyanyi popular Ziana Zain pernah bercakap mengenai perkara ini. Katanya, disebabkan terlalu banyak orang boleh memuat turun lagu secara percuma dan pembahagian royalti yang tidak adil, penyanyi yang sepatutnya boleh mendapat untung besar selepas membuat berpuluh-puluh rakaman, tak dapat pendapatan yang setimpal.

Pembahagian keuntungan langsung tidak seimbang. Tiba-tiba mereka dapat pula beli bangunan RM14 juta, contohnya. Yang urus bahagian royalti kami, gajinya RM15,000 sebulan.

“Tetapi kami para artis, dapatlah RM500 atau RM600. Adilkah?”

“Pahit untuk ditelan”

Bagi peminat, dah tentulah dorang tak tahu berapa banyak royalti yang diterima oleh seseorang artis itu. Baru-baru ini menerusi Instagram, Tomok telah kongsikan jumlah royalti yang dia terima dari tahun 2013-2021.

Apa yang menyedihkan, selama tempoh lapan tahun itu, royalti yang diterima oleh penyanyi ini hanya RM19.06. Nak bagi makan satu keluarga pun tak lepas…

Menurut Tomok, walaupun pahit untuk ditelan bila melihat jumlah royalti yang diterimanya ini, dia tetap akan terus pandang ke hadapan.

Manakala menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat jumlah royalti yang diterima oleh Tomok ini. Ada juga yang mempersoalkan tentang ketelusan pemberian royalti kepada artis.

Screenshot 2022 01 13 At 11.32.58 Am Down

Memang menyedihkan bila dapat tahu bagaimana artis-artis yang sering menghiburkan kita ni terima bayaran tak seberapa. Hanya bergantung pada show semata-mata. Harapnya ramai lagi orang yang bercakap mengenai benda ni supaya dorang tak tertindas lagi sampai macam ni.

 

Baca: Genap Sedekad Filem Istanbul Aku Datang, Beto Kusyairy Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Tabir

Screenshot 2022 01 13 At 11.49.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.