in

Genap Sedekad Filem Istanbul Aku Datang, Beto Kusyairy Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Tabir

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini pernah tonton filem Istanbul Aku Datang? Filem romantik komedi ini berkisarkan Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul, Turki untuk berjumpa dengan kekasih hatinya, Azad (Tomok).


Hampir sedekad berlalu, Beto Kusyairy yang membawa watak Harris ada mendedahkan beberapa ‘rahsia’ menarik yang berlaku di sebalik tabir semasa penggambaran filem Istanbul Aku Datang.

Istanbul Aku Datang

Jom baca perkongsian Beto di bawah ini!

1. Lokasi asal diganggu penduduk tempatan

B

Menurut Beto, salah satu apartment yang dijadikan lokasi penggambaran sebenarnya telah diganggu oleh penduduk tempatan. Sebagai ganti, mereka berpindah ke apartment baru yang telah dijadikan sebagai back up oleh kru produksi.

1 1

2. Babak basuh rambut

Siapa ingat lagi babak manis Harris basuh rambut Dian? Dedah Beto, babak tersebut adalah hasil gabungan beberapa rakaman atas masalah teknikal. Namun, babak tersebut masih kelihatan smooth dan menyentuh hati!

2 1

3. Memang minat makan megi!

C

Beto tanpa berselindung, perasa mi segera asam laksa dan kari memang kegemarannya. Selain itu, babak pergaduhan sehingga terjatuh di antara Dian dan wanita Turki tersebut adalah tidak dirancang.

3 1

4. Abang Aizat Amdan pun berlakon?

Siapa ingat ada satu watak yang menjual mi segera dengan harga cekik darah? Pelakon tersebut sebenarnya ialah abang Aizat Amdan!

4 2

5. Babak tersebur memang real!

Jelas Beto, dia memang betul-betul tersembur selepas mendengar tuduhan Dian yang mengatakan dia suka kaum sejenis.

5 1

E

6. Dian takut kucing, tapi Lisa tidak

Dalam Istanbul Aku Datang, watak Dian ialah seorang yang takut kucing. Walhal, Lisa Surihani ialah seorang penggemar kucing.

6 1

7. Abang Aizat cipta lagu tema

A

Selain daripada menjadi pelakon tambahan, Anas Amdan iaitu abang Aizat Amdan juga bertanggungjawab dalam mencipta lagu tema filem ini.

7 1

Rasanya kena tonton balik Istanbul Aku Datang. Salah satu filem romantik komedi terbaik Malaysia!

 

BACA: 7 Filem Lakonan Ma Dong-Seok Yang Anda Wajib Tonton, Semua Best!

Untitled 1

Sumber: Wikipedia
Sumber: MUBI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.