in

“Pagi ambil, petang ambil lagi” – Sediakan ‘Food Bank’ Untuk Yang Memerlukan Tapi Ada Pihak Tamak & Bolot Setiap Hari

Ft Bolotbantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kempen bendera putih, banyak pihak sudah lama menjalankan kempen ‘food bank’ dengan menyediakan bekalan makanan di sesuatu tempat untuk mereka yang memerlukan. Surau, masjid dan NGO sudah lama aktif dengan kempen ‘food bank’ ini dan kini ramai individu yang berkemampuan mengambil inisiatif untuk menyediakan barangan keperluan dalam usaha membantu mereka dalam kesusahan.

Namun, ternyata rupanya ada pihak yang mengambil kesempatan dan membolot barangan disediakan buat orang lain yang lebih memerlukan.


Melalui Twitter, seorang amil berkongsi tentang food bank yang mempunyai barangan seperti susu kanak-kanak, sardin, kicap, milo dan tepung ‘disebat’ oleh mereka yang mengambil kesempatan itu. Malah, menurut amil bernama Faisal itu individu terbabit mengambil barangan dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk dibawa balik.

Hari-hari ambil beras, telur satu papan, kicap, sardin dsb. Kadang pagi ambil, petang ambil lagi.”

Berdasarkan rakaman CCTV, individu tersebut dilihat membawa beg plastik besar untuk mengambil lebih dan tidak memikirkan orang lain yang turut memerlukan. Faisal turut bertanya tentang cadangan bagaimana cara agar ‘food bank’ tidak dibolot individu sebegitu.

Beberapa netizen dilihat memberikan cadangan masing-masing dan ada juga yang berkata situasi tersebut memang berlaku di mana akan ada pihak yang mengambil kesempatan sedangkan ada yang lebih memerlukan daripada mereka. Malah, ada juga situasi di mana individu yang meminta bantuan ‘demand’ pula jenis bantuan yang dia mahukan.

Ft Foodbank

Sangkabaik

Antara cadangan yang diberikan adalah ‘food bank’ itu dikawal oleh AJK dan sediakan buku rekod kecil atau kupon untuk ahli kariah. Bagaimanapun ada juga yang menasihati netizen untuk bersangka baik kerana individu yang ambil banyak itu mungkin membawa pulang barangan keperluan bagi pihak orang lain juga.

Apa pendapat/cadangan korang?

Baca: “Tak pasal2 dapat call” – [VIDEO] Terlupa Pasal #BenderaPutih, Gadis Jemur Langsir Buat Orang Ingat Minta Bantuan

Collage 9

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.