Bayangkan duduk di rumah sendiri tapi tak pernah tenang sebab asyik diganggu pengutip hutang. Nak dijadikan cerita, bukan diri sendiri yang pinjam duit tapi pemilik rumah sebelum ni yang buat masalah.
Itulah realiti yang terpaksa dihadapi sebuah keluarga.
Menerusi perkongsian yang tular di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Huda Muhamad, mendedahkan dia dan keluarganya menjadi mangsa aniaya pemilik rumah yang juga peminjam Ah Long semenjak 2018.
“Bismillahirahmanirahim. Tak tahu nak mulakan macamana, sebab ini kali pertama saya kongsikan kisah perit yang mengganggu kami yang berlarutan dari 2018 sehinggalah sekarang.”
“Baru ada kekuatan untuk berkongsi masalah. Dan, kekuatan ini hadir jua sbb dah tak tahan menanggung rasa sangat tertekan, risau, takut dan tidak tenang selagi si penipu ini masih membuat kerja2 jahat dengan menggunakan kami sebagai mangsa dan pihak berkuasa yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini tidak dapat membantu.”
“Saya kini mengalami irregular palpitations. Jantung berdebar-debar . Macam rasa jantung ditusuk benda tajam. Migraine selalu bertandang siang dan malam. Resah dan takut usah diceritakan.”
“Duduk dirumah sendiri hasil titik peluh kami sendiri suami isteri. Namun jiwa kami bak pelarian diburu tentera zalim.”
“Saya ingin kongsikan gambar-gambar ngeri ini dengan semua. Biila tengok nanti, pasti ramai yang tertanya. Apa kes sampai rumah dan kereta saya di simbah cat..suami ada hutang dengan Ah long ke?”
“Allahuakbar… inilah pandangan sinis yang terpaksa jami telan. Kami sudah ni mangsa penipuan. Salah seorang owner yang jual rumah kepada kami menggunakan alamat kami untuk HUTANG-HUTANG AH-LONGnya. Bila dia tidak bayar, PARA AHLONG datang cari dirumah.”
Ah Long baling lebih kurang 50 helai kertas tertera tulisan Cina dan gambar IC penama
Rumah dirantai besi dari luar dan ditampal tulisan Cina pada pagar
Dia buat pinjaman dengan menggunakan alamat rumah ini dan disertakan bil eletrik terkini beralamatkan rumah kami untuk meminjam
Rumah dan kereta disimbah cat merah
Pihak polis tak dapat buat apa-apa
Dia berjanji dengan polis nak berjumpa
Surat ugutan kutip hutang turut diterima jiran-jiran
Syak dia ada buat pinjaman lagi dengan Ah Long
PPIM juga tak dapat bantu
Menerusi posting sama, wanita itu juga menulis dia sudah menghubungi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), namun malangnya, mereka tidak dapat membantu kerana bukan kami yang berhutang dengan Ah Long dalam kes ini.
Tambah wanita itu lagi, tujuannya berkongsi masalah yang dialami di laman sosial adalah supaya Ah Long tidak lagi menganggu keluarganya.
Orang lain buat masalah, orang lain pula jadi mangsa. Kesian betul admin baca cerita ni. Semoga cepat lah selesai dan penghutang tu dapat dicari
Sumber: Facebook