in

“Berhenti ganggu saya” – Mak Dah Tak Nak Tanggung Hutang Ah Long Anak Lagi Lepas Rumah Kena Simbah Cat Merah

Ahlong E1609557717578

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu yang digelar Madam Cho (bukan nama sebenar) percaya yang sikap ketagih anaknya yang gemar berjudi secara atas talian menjadi pendorong utama dia membuat pinjaman daripada Ah Long.


Pada 10 September 2020 lepas, Cho ada buat satu laporan polis setelah rumahnya yang bertempat di Seksyen 19, Petaling Jaya telah disimbah cat merah kira-kira jam 9 malam.

Menurut Cho, ada kemungkinan anak dia ada membuat pinjaman dengan Ah Long lagi.

 

CCTV kat rumah kami tak sempat nak cam pelaku yang masuk ke dalam kereta dan menyimbah cat merah di atas kereta saya yang di letakkan di porch”

867838

Cho seolah-olah seperti putus asa, ini kerana The Star melaporkan bahawa dia pernah langsaikan hutang anaknya yang bernilai RM 50,000 sebelum ini. Itu sebeblah dia tak mahu lagi dikaitkan dengan anaknya yang berusia 40 tahun itu kerana dia sendiri terpalit dengan ancaman Ah Long.

“Anak saya tak tinggal serumah dengan saya dan saya harap Ah Long akan berhenti hubungi saya untuk langsaikan hutangnya. Saya gesa sesiapa yang pinjamkan dia wang sebelum ini cari dia sendiri untuk langsaikannya bukan ahli keluarganya. Kami dah tak nak tolong dia lagi.”

Kenyataan itu dibuat ketika dalam satu sidang akhbar di pejabat DAP, Bandar Utama sampai menitiskan air mata.

Tambah Cho lagi, anaknya itu orang bujang dan ada menjalankan perniagaan kedai kopi yang kewangannya ditanggung oleh kakaknya. Namun begitu, perniagaan mereka ditutup kerana waktu PKP.

Cho juga meminta pihak berkuasa untuk membasmi ancaman perjudian dalam talian kerana ia menimbulkan banyak masalah bagi keluarga.

“Adik-beradiknya dah banyak bantu tetapi tidak ada gunanya. Kami juga tidak memiliki informasi tentang keberadaannya.”

 

Baca : “Buat business dengan Zain Saidin sampai…”- Bekas Peserta Pencetus Ummah Diburu 35 Ah Long, Berhutang Hampir Setengah Juta

Zz

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.