in

“Padan muka!” – NGO Buat Laporan Polis Atas Tindakan Aliff Syukri Pukul & Malukan Anak

feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, baru-baru ni Aliff Syukri telah memuatnaik video dia meletakkan ubat pada badan anaknya sambil beritahu yang dia telah memukul Qadejah El Zahra kerana buka tudung.

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang bersetuju dan tak kurang juga yang mengecam tindakan bapa ini memukul anaknya yang baru berusia 9 tahun.


https://www.instagram.com/p/Bwo_TjUg97o/

Aliff kemudiannya memuatnaik satu lagi video menyuruh orang semua supaya jangan sibuk dengan cara dia jaga anak.

https://www.instagram.com/p/Bw138UaA6U0/?utm_source=ig_embed

Ekoran dari insiden ini, satu organisasi bukan kerajaan, Protect and Save The Children telah membuat laporan polis terhadap Aliff Syukri.

Menurut NST, Pengarah Eksekutif, Mariza Abdul Kadir mengatakan tindakan Aliff ini adalah penderaan fizikal terhadap kanak-kanak.

“Dia dah malukan anaknya dengan video dia meletakkan ubat ke belakang badan anaknya dan tunjukkan video ini ke followersnya yang seramai 3.1 juta.

“Aliff telah bertindak secara ekstrem untuk mendisiplinkan anaknya. Tak cukup dengan tu, dia cuba nak rasionalkan tindakannya.”

Tambah Mariza lagi, tindakan Aliff merotan anaknya ini termasuk dalam kesalahan jenayah di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak dan Akta Penderaan Domestik.

“Dalam hal ini, kami berharap pihak berkuasa akan jalankan tanggungjawab mereka dan fikirkan apa yang terbaik untuk budak itu.”

Kalau dalam Islam pun nak pukul ada caranya, tu pun tak boleh sampai budak tu sakit, apa lagi berbirat. Lepastu admin nasihatkan, hal dalam kain ni tak payahlah sibuk nak tunjuk dekat orang luar ye?

 

Baca: “Tak payah sebuk hal anak saya..” – Aliff Syukri Bersuara Pasal Netizen Yang Kutuk Cara Dia Didik Anak

Screenshot 2019 05 02 at 12.21.42 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.