in

“Padan muka kau” – Lelaki Tak Pakai Helmet & ‘Redah’ Lampu Merah, Tak Pasal Pasal Berlanggar Dengan Motor Lain

No Helmet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ramai yang tak ambil serious tentang penggunaan helmet ketika menunggang dan membonceng motosikal. Kadang-kadang kalau pergi dekat tengah bandar pun ada je yang selamba tak pakai helmet. Keras ke kepala tu?


Tapi seorang lelaki baru-baru ni bukan saja tak pakai helmet tapi selamba tunggang motor langgar lampu merah di lampu isyarat simpang empat.

Melalui satu video yang viral dekat Twitter, kejadian tersebut berlaku pada 13 September lepas kira-kira jam 12 tengah hari. Lelaki berbaju biru itu pada mulanya dilihat berhenti di lampu isyarat sambil membelek dan membetulkan rambut dekat cermin motor.

Giphy

Lepas tu dia pandang keadaan sekeliling, tengok kenderaan lalu lalang dan bila keadaan sedikit reda dengan selamba dia terus tunggang motor ke depan.

Nampak macam smooth je kerja dia tu tapi bila dah nak dekat sampai hujung sebuah motosikal lain yang tengah laju tak sempat elak dan terlanggar bahagian belakang motor dia.

Memang nampak perlanggaran tu sangat kuat dan penunggang yang terlanggar dia tu tergelincir dan motor pun berpusing atas jalan beberapa meter.

Giphy

Lepas kemalangan tu, penunggang tersebut dilihat tidak bergerak sebelum beberapa orang lain berhenti untuk membantu.

Tak dinyatakan kecederaan yang dialami penunggang dan lelaki yang langgar lampu merah tu tapi ramai yang bagi respon lepas tonton video ni dekat Twitter.

Komen Eksiden
sumber: twitter

 

Tonton video di bawah: 

Bila tak ikut undang-undang ni, bukan setakat bahayakan diri sendiri tapi orang lain juga. Jadi janganlah selfish ye!

Baca: “Kering sangat hati budak-budak ni” – Tular Video Sekumpulan Kanak-kanak Main Basikal Lajak Atas Jalan Raya Sampai…

Feature Lajak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.