in

“Padahal uang ada” – Bekas Isteri Dedah Tegar Kerap Mesej ‘Kawan’, Buat Cerita Sedih Nak Pinjam Duit

Tegar Septian Bercerai Alasan Pinjam Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh kini diperkatakan penyanyi berasal dari Indonesia, Tegar Septian sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga.


Tegar yang mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut memaklumkan penceraiannya menerusi IG story semalam.

2 1 1

Menurut Tegar, dia telah mengalami tekanan perasaan yang teruk sehingga kehilangan berat badan kerana memikirkan pelbagai masalah yang dihadapinya.

Malah dia juga akui, hubungannya bersama bekas isteri itu mungkin kelihatan bahagia dan romantis di Instagram, namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Tegar Official 3 820X1024 1

Isteri dedah sikap Tegar, sering mintak duit dengan kenalan di DM? 

Walau bagaimanapun, isteri Tegar baru-baru ini telah membuat satu pendedahan mengenai penyanyi tersebut yang menurutnya sering meminta wang dari rakan-rakan melalui DM di Instagram.

Malah Tegar juga katanya sering menggunakan alasan ‘anak dan isteri’ setiap kali ingin meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mempunyai masalah kewangan dan mempunyai wang tabungan yang cukup untuk berbelanja setiap hari.

Img 2104 874X1536 1

“Jika dia bawa2 alasan mahu bayar rumah, itu gak benar”

Tambah Sarah lagi, disebabkan mereka sudah bercerai, duit tabungan tersebut telahpun dibahagi sama rata antara dia dan Tegar dan dia juga tidak mahu lagi bertanggungjawab jika ada individu bertanyakan soal bekas suaminya selepas ini.

Malah jika Tegar membuat alasan untuk meminjam wang kerana ingin membayar rumah yang dibeli untuk isteri dan anak, Sarah mengatakan ia tidak benar kerana mereka sudah membatalkan hasrat tersebut disebabkan sudah bercerai.

Img 2105 876X1536 1

Apa-apapun diharapkan isu kemelut rumah tangga Tegar dan isterinya ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Yang penting tumpukan kepada nak membesarkan anak tu. 

Baca: Pasangan DJ Popular Bercerai Talak Tiga Didakwa Rujuk Balik, Menteri Agama Minta Buat Siasatan

Dj Dj

Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.