in

Padah Menipu, Lelaki Berjaya Dapatkan Semula Wang Yang Dikebas Lepas Perdaya ‘Scammer’

scammer kena tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, kes melibatkan sindiket penipuan wang atau scammer masih boleh berlaku walaupun pelbagai pendedahan telah diberitahu mengenai penipuan ini.

Penjenayah pula akan sentiasa tampil dengan taktik terbaharu untuk menjerat mangsanya.


Namun begitu, tindakan kumpulan scammer ini telah memakan diri apabila mereka pula yang diperdaya oleh mangsanya.

Kejadian ini berlaku di Taiwan, yang mana seorang lelaki telah merangka rancangan bijak untuk menyelamatkan semula wang bapanya daripada kumpulan scammer.

Scammer kena tipu

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki ini memperdaya scammer sehingga berjaya mendapatkan semula wang bapanya yang berjumlah NT$700,000 (kira-kira RM95,000) daripada kumpulan itu.

Pada awalnya, kumpulan scammer telah menipu bapanya dengan mengambil wang peribadi serta memasang aplikasi yang tidak diketahui pada telefon pintarnya.

Dedah anaknya, kumpulan scammer itu akan bertanya khabar seolah-olah prihatin dengan bapanya.

Menurutnya, aplikasi yang dipasangkan dalam telefon bapanya itu menunjukkan bahawa jumlah pelaburan meningkat kepada NT$1.3 juta (kira-kira RM177,000) dan menunjukkan keuntungan lebih NT$600,000 (kira-kira RM81,000).

scam caller 720x405 1

Pun begitu, bapanya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan keuntungan dan diletakkan syarat tertentu oleh scammer. Hal ini membuatkan si anak mula curiga selepas bapanya mengadu mengenai perkara itu.

Dia kemudian mencari idea untuk mendapatkan semula wang bapanya selepas menonton sebuah video antipenipuan di YouTube.

“Video itu megatakan anda memerlukan umpan yang lebih besar daripada wang yang anda sudah hilang untuk mempunyai sebarang peluang untuk mendapatkan semula wang anda.

“Jadi, saya memutuskan untuk mengambil strategi yang sama menggunakan telefon ayah saya untuk berhubung semula dengan penipu,” kata anak lelaki itu.

Dia memberitahu scammer terbabit bahawa dua rakannya, yang kagum dengan keuntungan, tidak sabar-sabar untuk melabur masing-masing NT$500,000 (kira-kira RM70,000) dan NT$1 juta (kira-kira RM140,000).

Semasa perbualan, dia menyatakan keperluan mendesak untuk dana atas urusan keluarga, meminta untuk mengeluarkan keuntungan NT$700,000 (kira-kira RM95,000).

Pada mulanya, kumpulan penipu itu teragak-agak, tetapi dia cuba meyakinkan mereka dengan memainkan tiga watak berlainan sehingga kumpulan itu menyerahkan semula wang berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.