in

Padah Lagak S*mseng Acu Kayu Hoki, Kerani Didenda RM2,000

syaz ft 2025 12 31T153429.312

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kerani operasi pelabuhan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menimbulkan provokasi dengan mengacukan kayu hoki terhadap seorang pemandu lelaki, minggu lalu.

Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Zakhri Ahmad, 44, serta memerintahkan dia dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Artikel berkaitan: Bekas Pemain Hoki Remaja Negara Dipercayai Kurang Siuman, Rakan Mohon Beri Bantuan

Artikel berkaitan: “Tersalah orang” –  Penghantar Barang Mengaku Bersalah Serang Wartawan Senior, Minta Ikat Jamin Dikurangkan

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menimbulkan provokasi terhadap Muhammad Furqan Mohd Fuad, 27, dengan mengacukan sebatang kayu hoki yang boleh mendatangkan kemarahan serta mengganggu ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Sungai Derhaka kira-kira jam 2.24 petang pada 25 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar denda minimum dikenakan memandangkan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga, menyara isteri tidak bekerja serta enam orang anak dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.