in

P Diddy Naik Angin Dalam Penjara Lepas Dengar 120 ‘Mangsa’ Bakal Kemukakan Saman, Tegas Semua Dakwaan Palsu

Ft Diddy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sean ‘Diddy’ Combs dikatakan sedang naik angin ketika di penjara sekarang ini selepas mengetahui ada 120 lagi mangsa yang tampil dengan tuntutan serangan seksual terhadap penyanyi rap itu.

Mangsa yang didakwa bersedia untuk memfailkan beberapa tuntutan undang-undang terhadap serangan seksual itu terdiri daripada wanita dan lelaki yang di bawah umur ketika waktu serangan.


Artikel berkaitan : 25 Kanak-kanak Antara 100 Individu Yang Jadi Mangsa R*gol P Diddy Mahu Failkan Saman

Artikel berkaitan : Sean P Diddy: Kisah Sisi Gelap Superstar Hollywood Yang Jijik & Menggemparkan Dunia! Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…

Berikutan itu, peguam Combs menyatakan bahawa anak guamnya itu anggap tuduhan yang diberikan itu tidak berasas dan ia sekadar permainan media.

P Diddy 169

“Combs dengan tegas menafikan bahawa dakwaan itu palsu dan merupakan satu fitnah yang dia melakukan penderaan seksual kepada sesiapa, termasuk kanak-kanak bawah umur.

“Dia berharap dapat membuktikan yang dia tidak bersalah di mahkamah, di mana kebenaran terungkai berdasarkan bukti, bukan spekulasi.”

Sebelum ini, seorang peguam dari Texas, Tony Buzbee mengatakan bahawa dia menjangkakan bahawa akan ada saman difailkan dalam bulan depan, dengan kebanyakannya dijangka akan difailkan di New York dan Los Angeles.

Buzbee menyifatkan mangsa terdiri daripada 60 lelaki dan 60 perempuan, 25 daripadanya masih bawah umur pada masa kejadian berlaku. Seorang individu mendakwa dia berumur 9 tahun ketika itu, kata Buzbee. Dakwaan itu meliputi tempoh dari tahun 1991 hingga tahun ini.

Sumber : Dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.