in

“Our Tengku Mahkota Pahang” – Selesai Panjat Gunung Tahan, Tengku Hassanal ‘Sempoi’ Ronda Kampung Jumpa Rakyat

Tengku Mahkota

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seronok kan tengok keluarga diraja di Malaysia yang mesra rakyat dan bersederhana? Sudah tentu akan menjadi bualan rakyat kerana sikap mereka yang rendah diri serta mendekati masyarakat tidak kira di mana dan dalam apa situasi sekali pun.



 

Putera raja pertama tawan Gunung Tahan…

Nama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah baru-baru ini menjadi bualan ramai susulan kejayaan baginda sebagai putera raja pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan di Lipis, Pahang.

Baginda telah memanjat gunung tertinggi di Semenanjung menerusi program Eksesais Kembara Makmur yang berlangsung selama empat hari dari 1 hingga 4 Ogos.

Image From Ios 9

Image From Ios 10

View this post on Instagram

I'm Here

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

 

Habis ekspedisi terus bertemu rakyat…

Baginda sememangnya mewarisi sikap rendah diri dan mesra ayahanda dan bondanya jadi sudah tentulah tidak lokek baginya untuk turun padang mendekati masyarakat di Pahang.

Seperti yang berlaku selepas baginda selesai dengan ekspedisi itu, Tengku Hassanal terus pergi bertemu penduduk kampung dan beramah mesra dengan mereka.

Image From Ios 7

Image From Ios 5

Image From Ios 6

Malah, baginda dilihat ‘sempoi’ sahaja menunggang motosikal untuk ke hulu dan ke hilir bagi memudahkannya untuk berhenti menyapa penduduk kampung.

Baru balik gunung pun masih keluar untuk bertemu rakyat. Our Tengku Mahkota Pahang.”

Tengku1

 

Sapa penduduk di tepi jalan, hulurkan sumbangan

Tengku Hassanal sendiri turut berkongsi di Instagram rasmi di mana baginda dilihat menyapa penduduk di tepi jalan dan juga turut memberikan sumbangan. Baginda turut dilihat tidak kekok ketika beramah mesra dengan warga emas di sana.

Image From Ios 3

Image From Ios 1

Daulat Tuanku… 🙏🏻

Baca: “Dahlah hensem, baik pula tu”- Tengku Hassanal Berkenan Sumbang Elaun Diraja Selama 6 Bulan Ke Tabung Covid-19

Feat 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.