in

“Org psyco gila seks ni ramai” – Lelaki Ditahan Rakam Punggung Wanita Dalam Supermarket

Pervert2

Memang tak selamat zaman sekarang ni kalau berada di tempat awam, orang pervert memang ada di mana-mana sahaja. Tular satu perkongsian oleh pengguna Facebook berhubung dengan kejadian di depan mata mereka baru-baru ini apabila ada seorang lelaki cuba merakam punggung wanita.

 

Siap ada group

Pada waktu itu lelaki yang lebih dikenali sebagai Mohamad Nizam ini sedang membeli barang di sebuah pasaraya bersama isteri dan anak-anaknya.

155901934 4004634939582061 724836631671847244 O

Isterinya tiba-tiba membisik kepadanya menjelaskan bahawa dia ternampak lelaki berbaju hijau ini memegang handphone di belakang punggung salah seorang wanita yang sedang khusyuk membeli barang disitu.

“Aku cubalah siasat dengan wife tengok-tengok makaii siap mamat ni pegang fon siap follow rapat bontot perempuan depan mata aku dari tempat jual coklat dengan keropok sampai kaunter bayar. Tapi perempuan tu pakai pun memang agak ketatla.”

154147182 4004634906248731 6631358367322611987 O

Dia pun mengekori lelaki tersebut senyap-senyap untuk memerhatikan siapa mangsa seterusnya.

“Sampai kat tempat baby dia dok rakam video akak sorg ni, so apalagi kami pi ambush dia. Nasib baik aku ada belajar cekak leher dari khabib masa tengok ufc. Aku dari belakang lock tangan dia cekak leher.”

Ketika ditahan, lelaki tersebut meronta-ronta dan isterinya merampas telefon bimbit lelaki itu sebelum memanggil pihak pengurusan.

156115657 4004634909582064 3247357547801242268 O

Ketika dilihat dalam telefon itu, amat mengejutkan apabila melihat ada banyak hasil rakaman video didalamnya.

“Meronta-ronta dia nak lari. Bini rampas fon dia tengok nakh*rom banyak gila video dia dok rakam. Panggil management tesco dan seterusnya urusan balai.”

Lebih mengejutkan lagi, ketika Nizam turut hadir ke balai untuk beri keterangan, dia mendakwa bahawa lelaki itu siap ada group lagi!

“Mungkin jual video dok rakam punggung wanita. Orang psyco gila seks ni ramai.”

Jadi, kepada wanita di luar sana mohon jaga-jaga dengan keliling apabila berada di tempat awam.

 

Baca : “Dalam Al-quran ada cakap dear” – Suami Orang ‘Pervert’ DM Gadis, Siap Petik Isu Agama Pulak Tu!

Pervert

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook