Nampaknya kegiatan budak-budak basikal main lajak di tepi jalan besar ni dah makin melampau! Terbaru, viral di Twitter berkenaan dengan video beberapa remaja buat aksi Superman untuk ‘lawan lajak’ basikal mereka di Highway PLUS!
Bila dah kurang ajar. Diberi pelempang! Tahu nak menyaman. Bila kena langgar mati katak tahu kata yg langgar ni pembunuh.”
Dekat highway main basikal lajak. Bagus!!! Tengok adik memasing please sebelum jadi katak. ??♂️ bila dimarah tahu pula marah. Bila dah kurang ajar. Diberi pelempang! Tahu nak menyaman. Bila kena langgar mati katak tahu kata yg langgar ni pembunuh. Sapa yg nak mampus sangat ni! pic.twitter.com/OrgmtjAIVi
— ?тнe Khey Amir? (@Thehulkey) September 13, 2019
Lokasi ni berlaku di simpang masuk ke Semenyih, sekumpulan remaja sedang berlumpa lajak di bahagian kiri dan ada daripadanya menghalang laluan kereta untuk masuk ke simpang.
Bukannya apa, bagi Khey Amir, mereka semua ini di bawah umur, aktiviti yang mengundang bahaya ini sudah semestinya memberikan risiko kepada pemandu jalan raya juga.
Dia menyalahkan ibu bapa yang tak peka dalam mendidik anak-anak mereka. Video yang meraih lebih daripada 1,900 jumlah retweets itu mendapat sokongan daripada netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya sikap ibu bapa mereka.
Ia mencetuskan kebimbangan netizen kerana aksi mereka itu berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan. Ya lah, sedangkan orang tunggang motosikal pun pakai helmet .
Sekarang budak-budak dah tak ada adab, orang tegur maki hamun – Netizen
Malah ada juga yang bengang dengan mereka ini sebab ramai yang beranggapan budak-budak muda sekarang macam tak ada adab, bila ditegur terus nak melenting. Bahkan ada ibu bapa yang tak boleh terima anak mereka melakukan perbuatan itu salah.
Baca : Kena Tinggal di Highway Jam 3 Pagi